• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tencent mahu ambil alih Black Shark untuk bina dunia Metaverse sendiri

  • OLEH Najib
  • 3:52 pm
  • 11/01/2022
  • Komen
Tencent mahu ambil alih Black Shark untuk bina dunia Metaverse sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Gergasi IT dari China, Tencent dilaporkan kini dalam peringkat akhir untuk mengambil alih Black Shark, sebuah pengeluar telefon pintar dan aksesori gaming. Black Shark akan dijadikan platform pengeluar set kepala realiti maya (Virtual Reality, VR) untuk Tencent, bagi meluaskan lagi usaha mereka membangunkan Metaverse versi Tencent.

Xiaomi merupakan pelabur terbesar Black Shark, tetapi Black Shark membangunkan sendiri kebanyakan bahagian peranti dan sistem operasi. Dikhabarkan, Tencent akan melabur CNY 3 bilion (~RM1.9 bilion) untuk mengambil alih Black Shark. Buat masa ini, Tencent, Black Shark mahupun Xiaomi masih belum memberi sebarang maklum balas.



Breaking:
Tencent will acquire BlackShark Gaming part of xiaomi group in 3 billion yuan.#Tencent #BlackShark #Xiaomi pic.twitter.com/zcFLdSyG9C

— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) January 10, 2022

Meta, syarikat induk Facebook telah mengumumkan dunia maya mereka yang dipanggil sebagai Metaverse tahun lepas, di mana ia menyediakan persekitaran maya untuk penguna berhubung melalui internet. Usaha seperti Meta ini ada disebut oleh Presiden Tencent, Martin Lau dalam perbincangan kewangan syarikat di masa akan datang. Bagaimanapun, Martin menjangka ia mungkin mengambil masa yang panjang untuk direalisasikan.

Membangunkan perkakas khusus adalah salah satu kunci penting untuk Metaverse. Perkara ini menjadi langkah awal Meta dengan mengambil alih pengeluar set kepala VR, Oculus pada tahun 2014. Satu lagi gergasi IT di China, ByteDance turut mengambil langkah yang sama tahun lepas apabila membeli syarikat Pico, pengeluar set kepala VR di China.



[Sumber: Bloomberg, GSMarena]

Bacaan Berkaitan

  • Facebook wujudkan alam baharu Metaverse, macam dalam wayang
  • Black Shark 4 Pro boleh dicas penuh dalam masa 15 minit sahaja
  • Pemilik TikTok beli syarikat Mobile Legends pada nilaian USD 4 billion
Tags: black sharkmetaversetencent
Najib

Najib

POPULAR

Tencent mahu ambil alih Black Shark untuk bina dunia Metaverse sendiri

Tencent mahu ambil alih Black Shark untuk bina dunia Metaverse sendiri

11 January 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN