• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V23 5G dilengkapi kamera swafoto 50MP dan badan boleh berubah warna pertama di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:00 am
  • 14/01/2022
  • Komen
Vivo V23 5G dilengkapi kamera swafoto 50MP dan badan boleh berubah warna pertama di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo V23 5G, telefon pintar yang boleh berubah warna telah rasmi dilancarkan di Malaysia. Ia mengekalkan kehebatan kamera swafoto yang menjadi mercu tanda siri Vivo V dan sedia menyokong rangkaian 5G.

Vivo akan mula menjual Vivo V23 di Malaysia pada 14 Januari 2022 dan mengadakan promosi jualan awal selama sebulan, sehingga 14 Februari 2022.



Harga dan Promosi

Telefon terbaru Vivo V23 5G ini dijual pada harga RM2,099 di Malaysia. Ia datang bersama RAM sebesar 12GB, serta storan dalaman 256GB. Ada dua pilihan warna disediakan, antara emas dan hitam.

Ada dua pusingan promosi jualan awal Vivo V23 akan dijalankan. Pusingan pertama dari 14 hingga 16 Januari 2022, pembeli akan menerima hadiah berjumlah RM668, berupa fon telinga vivo TWS 2e, perlindungan keretakan skrin 1 Tahun dan jaminan lanjutan 1 tahun.



Pusingan kedua jualan pula berlangsung dari 17 Januari sehingga 14 Februari 2022. Dalam waktu ini, pembeli akan mendapat hadiah bernilai RM558 iaitu pembersih vakum tanpa wayar, perlindungan keretakan skrin 1 Tahun dan jaminan lanjutan 1 tahun.

Spesifikasi Vivo V23

Telefon pintar Vivo V23 5G boleh dikategorikan sebagai peranti kelas pertengahan, tetapi prestasinya lebih tinggi daripada Vivo V23e 5G yang dilancarkan bulan Disember lepas. Ini kerana ia memiliki kuasa cip Mediatek Dimensity 920 5G, ditambah lagi dengan RAM yang sangat besar, 12GB dan menyokong RAM tambahan sehingga 4GB. Storan dalaman pula seluas 256GB.

Tarikan utama Vivo V23 yang hebat diperkatakan Vivo adalah kebolehan menukar warna badan telefon, tetapi ia terhad kepada model berwarna Emas sahaja. Menggunakan teknologi Fluorite AG, warna emas di badannya bertukar kepada warna biru apabila terkena cahaya matahari.

Kehebatan seterusnya adalah dua kamera swafoto. Vivo V23 dilengkapi kamera hadapan 50MP auto fokus yang terletak di dalam takuk di dahi skrin, digandingkan bersama kamera ultra lebar 8MP dan dwi-tona LED Flash.

Kamera belakang pula gandingan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Skrin hadapan Vivo V23 seluas 6.44-inci, jenis AMOLED HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz. Pengimbas capjari terbina di dalam skrin.

Tenaga disalur oleh bateri berkapasiti 4,200mAh dan menyokong pengecasan pantas FlashCharge 44W. Kepala pengecas 44W turut disertakan di dalam kotak.

Sistem operasi FunTouch OS 12 dipasang siap di dalam Vivo V23, dibina berasaskan Android 12.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Vivo V23e miliki kamera hadapan autofokus untuk swafoto jelas dan tajam
  • Vivo Y76 5G ada hadiah Mobile Legends dan pewangi eksklusif
  • Vivo X70 5G & X70 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Vivo V21 5G dilancar dengan kerjasama empat jenama fesyen tempatan
Tags: vivoVivo V23
Najib

Najib

POPULAR

Vivo V23 5G dilengkapi kamera swafoto 50MP dan badan boleh berubah warna pertama di Malaysia

Vivo V23 5G dilengkapi kamera swafoto 50MP dan badan boleh berubah warna pertama di Malaysia

14 January 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN