• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi Mobile masih belum tahu bila nak mulakan 5G

  • OLEH Najib
  • 12:49 pm
  • 17/01/2022
  • Komen
Perjanjian baru Webe dan Celcom akan perluas rangkaian 4G Unifi Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun TM menjadi yang pertama umum mahu menjalankan ujian 5G dengan DNB dan menyediakan 5G untuk pengguna pascabayar Unifi Mobile, sehingga hari ini masih tiada pelaksanaannya. DNB telah merasmikan perkhidmatan 5G di Malaysia pada 15 Disember lepas dan Yes menjadi penyedia pertama menggunakan khidmat DNB ini.

Beberapa hari lepas, laman web Unifi Mobile ditemui telah dikemaskini dan menyatakan bahawa pengguna akan dapat menguji 5G pada bulan Februari 2022. Bagaimanapun, ia telah berubah hari ini dan tarikhnya telah hilang.



  • Sebelum
  • Selepas

Berikutan itu, Unifi telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya. Ia berbunyi:

We have received enquiries on when 5G will be available to our unifi Mobile customers. We would like to thank everyone for their excitement and support as we welcome this new era of unifi Mobile.

Our goal is to provide unifi Mobile customers the best 5G experience we can offer. As such, we are currently doing extensive internal testing on our 5G service. At this point of time, we are unable to provide the actual date for customer trials.

Watch this space for the latest updates on unifi Mobile 5G!

Secara ringkas, Unifi Mobile masih dalam proses membuat ujian dalaman tentang perkhidmatan 5G dan masih belum dapat memberi tarikh tepat untuk ia bermula.



Buat masa ini, hanya Yes yang telah mula menguji rangkaian 5G DNB. Yes turut menawarkan pek sim 5G percuma kepada semua. Rangkaian 5G DNB kini terdapat di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya. Peranti yang menyokong 5G DNB juga masih terhad, dengan kebanyakan telefon pintar Samsung Galaxy dan iPhone belum dapat menggunakannya.

DNB semasa pelancaran perkhidmatannya, menawarkan ujian 5G percuma tanpa had sehingga 31 Mac 2022. Tetapi masih tiada syarikat telekomunikasi yang bersetuju untuk menandatangani perjanjian jangka panjang bersama DNB. Hanya Yes dan TM menyatakan kesediaan untuk menyertai ujian 5G, manakala Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile masih tidak menyatakan sebarang pendirian.

[Sumber: TM]

Bacaan Berkaitan

  • DNB sedia 5G percuma selama 3 bulan mulai 15 Disember, tertakluk kepada kesediaan telco
  • Pengguna Unifi Mobile boleh uji rangkaian 5G tidak lama lagi
  • Pelan Yes untuk 5G tanpa had terdedah, dari RM30/bulan
  • DNB lancar 5G di Malaysia, Yes jadi penyedia 5G pertama
Tags: 5gTMUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Perjanjian baru Webe dan Celcom akan perluas rangkaian 4G Unifi Mobile

Unifi Mobile masih belum tahu bila nak mulakan 5G

17 January 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN