• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 9i: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:52 pm
  • 19/01/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia memulakan kalendar 2022 mereka dengan pelancaran telefon kelas pertengahan Realme 9i. Realme 9i adalah ahli pertama dalam siri Realme 9. Kalau anda ikuti perkembangan Realme, biasanya Realme i adalah versi bajet kepada Realme Pro. Contohnya dulu kita ada Realme 8 Pro dan Realme 8i.

Harga jualan Realme 9i di Malaysia

Di Malaysia, anda boleh dapatkan Realme 9i dalam warna Prism Black dan Prism Blue. Harganya adalah seperti berikut



  • RAM 4GB + storan 128GB – RM799
  • RAM 6GB + storan 128GB – RM869

Dapatkan Realme 9i di Shopee

Tempahan awal berlangsung pada 19 Januari 2022 jam 5 petang manakala hari pertama jualannya adalah pada 22 Januari 2022. 500 tempahan awal varian 6GB bakal menerima realme Buds Air 2 Neo yang bernilai RM169, secara percuma, sementara stok masih ada.



Spesifikasi Realme 9i

Realmei 9i tampil dengan paparan 6.6” IPS LCD dengan kadar segar semula sehingga 90Hz. Dengan ciri Adaptive Refresh Rate kadar segar semula akan berubah antara 30Hz hingga 90Hz bagi menjimatkan tenaga.

Atas papan utama, Realme berbangga yang telefon ini adalah yang pertama di Malaysia memperagakan SoC 6nm untuk kategori bawah RM1,000. Ia menggunakan SoC Snapdragon 680 yang katanya 25% lebih prestasi dan 61% lebih cekap tenaga berbanding Snapdragon 662, yang mereka katakan paling banyak digunakan dalam telefon bajet kategori RM1,000.

Storan seluas 128GB disediakan dan ia boleh diperluas melalui slot mikro-SD sehingga 1TB. Dua pilihan RAM ditawarkan iaitu 4GB dan 6GB. Ada juga fungsi Dynamic RAM Expansion (DRE) yang bolehkan sistem telefon mengambil sehingga 5GB daripada storan dalaman untuk dijadikan RAM maya.

Dalam jabatan pengimejan, ia menggunakan konfigurasi trikamera belakang. Kamera utamanya dilengkapi sensor 50MP manakala baki dua kamera lain (makro dan B&W) menggunakan sensor 2MP. Selfie boleh diambil menggunakan kamera 16MP.

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Antara yang menarik pada telefon ini adalah Realme memberikan speaker stereo untuk dipadankan dengan paparan FHD+ itu. Terus keluar kotak, Realme 9i menjalankan sistem operasi Realme UI 2 berasaskan Android 11.

Alternatif kepada Realme 9i

Siapa yang boleh bersaing dengan Realme 9i? Dengan harga dan spesifikasi sebegitu, tak banyak pesaing kepada telefon ini. Yang saya boleh senaraikan ada dua.Yang pertama, ialah Poco X3 Pro. Pada harga RM999, anda beroleh telefon dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Dengan tambahan RM130, anda dapat:

  • Telefon dengan SoC flagship sebenar iaitu Snapdragon 860 berteknologi 7nm
  • Skrin FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 120Hz
  • Bateri berkapasiti 5,160mAh dengan pengecasan pantas 33W.
  • Jek audio 3.5mm, IR blaster, dan speaker stereo
Poco X3 Pro

Calon kedua ialah Redmi Note 10 Pro yang pada harga RM999 anda boleh dapatkan varian RAM 6GB dan storan 128GB. Antara yang menarik dengan telefon ini adalah:

  • Telefon dengan SoC Snapdragon 732G berteknologi 8nm
  • Kuadkamera belakang dengan kamera utama 108MP
  • Bateri berkapasiti 5,020mAh dengan pengecasan pantas 33W
  • Jek audio 3.5mm, IR blaster, dan speaker stereo
Redmi Note 10 Pro

Malangnya kedua-dua telefon yang saya sebutkan tadi menjalankan MIUI yang saya tak berapa gemar disebabkan terlalu banyak iklan di dalamnya. Sekiranya anda ingin lari daripada MIUI, Realme 9i adalah yang terbaik pada harga sebegitu.

Bacaan berkaitan

[Hands-on] Siri Redmi Note 10: Penanda aras telefon midrange 2021 – SoyaCincau.com

Poco X3 Pro, prestasi meningkat harga lebih murah – SoyaCincau.com

Tags: Realmerealme 9i
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022

Realme 9i: Maklumat penjualannya di Malaysia

19 Januari 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER