Prabayar masih lagi menjadi tunjang utama perkhidmatan telco. Golongan ini meliputi yang termuda hinggalah ke yang lebih veteran. Sudah tentu mereka yang tidak mempunyai pendapatan tentap tidak mahu tertambat dengan komitmen bulanan jika ada pilihan sefleksibel prabayar. Jadi, sementara kita masih baru dalam tahun 2022 ini, mari kita bandingkan produk-produk prabayar yang boleh anda pilih.
Kami himpunkan prabayar daripada:
- Celcom
- Digi
- Maxis
- U Mobile
- Unifi Mobile
- Yes 4g
1. Celcom Xpax
Pek prabayar daripada Celcom harganya RM10. Apabila diaktifkan, anda terima kredit tersedia sebanyak RM6 manakala tarif suara dan SMS adalam masing-masing pada RM0.30/minit dan RM0.15/SMS.
Anda dapat 10GB percuma melalaui promo “Monthly Freebie” unuk digunakan pada APP PUBG, Arena of Valor, dan Free Fire. Cumanya pada setiap bulan anda kena tambah nilai sekurang-kurangnya RM10 untuk menikmati monthly freebie selama 3 hari.
Internet asas untuk Celcom Xpax adalah pada kelajuan 64kbps pada kuota 1GB.
2. Digi Prepaid NEXT
Prabayar daripada Digi namanya ialah Digi Prepaid NEXT. Kad SIM Digi boleh didapati melalui Digi Store Express (DSE), Digi Store Online (DSO), dan pengedar sah diseluruh negara. Ada dua jenis kad SIM Digi Prepaid Next ditawarkan.
Jenis Lightning SIM membolehkan anda memilih 4 angka terakhir dalam nombor telefon anda. Kad SIM diberikan secara percuma tetapi anda kena terus melanggan salah satu daripada 4 pelan Prepaid NEXT iaitu:
- Next15
- Next30
- Next35
- Next45
Jenis yang kedua adalah pek biasa yang sudah ada nombor ditambat padanya. Harganya RM15 dan bila diaktifkan, sim tersebut sudahpun berada pada pelan Next15.
Kedua-dua pek daripada digi tidak didatangkan dengan kredit tersedia. Tarif suara dan SMS untuk pelan ini adalah sama pada RM0.10/minit dan RM0.10/SMS.
3. Maxis Hotlink Prepaid Unlimited & Prepaid Internet 365
Hotlink menawarkan pek permulaan Hotlink Prepaid Unlimited mereka pada harga RM10 dan kredit tersedia sebananyak RM5 dan Internet asas 500MB pada kelajuan 64Kbps. Tarif panggilan mereka adalah pada RM0.30/minit manakala SMS pada RM0.15/unit.
Kemudian, mereka turut ada Hotlink Prepaid Internet 365 Online yang dijual pada harga RM25. Ia berikan anda kredit tersedia RM2 tapi anda dapat kuota Internet pantas 10GB yang sah untuk 365 hari.
Ia miliki tarif panggilan dan SMS yang sama seperti Hotlink Prepaid Unlimited cumanya ia tidak haidr dengan Internet Asas
4. U Mobile Unlimited Funz
Pek permulaan prabayar U Mobile diberi nama Unlimited Funz Starter Pack. Harganya adalah RM10 dan anda dapat kredit tersedia RM6 dan kuota Internet berkelajuan pantas 200MB yang sah selama 5 hari.
U Mobile berikan data percuma tanpa had untuk APP seperti Facebook, IMO, Facebook Messenger, Whatsapp, Instagram, Twitter, Viber, Wechat, dan PUBG, selepas anda menambah nilai RM10 ke dalam akaun.
Tarif panggilan untuk prabayar U Mobile adalah RM0.30/minit manakala untuk SMS, anda dikenakan RM0.12/SMS. Internet asas yang disediakan U Mobile adalah berkelajuan 64kbps.
5. Unifi Mobile #BEBAS Starter Pack
Pek permulaan Unifi Mobile boleh didapati dalam pasaran pada harga RM10. Sejurus diaktifkan, anda terima data LTE sebanyak 3GB tanpa tarikh luput. Anda hanya perlu pastikan talian anda aktif dengan cara membuat panggilan keluar, tambah nilai, ataupun beli sebarang pas add-on.
Tarif panggilan suara dan SMS untuk telco ini masing-masing adalah RM0.20/minit dan RM0.10/SMS. Adan boleh baca terma & syarat Unifi Mobile di sini.
6. YES 4G Kasi Up Prepaid
Pek permulaan prabayar Yes 4G Kasi Up boleh didapatkan pada harga RM15. Apabila diaktifkan, anda terima kuota Internet LTE 10GB dengan tempoh sah 30 hari.
Tarif panggilan suara dan SMS untuk prabayar YES 4G masing-masing adalah RM0.09/minit dan RM0.09/SMS. Perlu diingatkan yang prabayar YES 4G tidak boleh digunakan pada iPhone untuk membuat panggilan tetapi kalau nak gunakan data sahaja, boleh.
Bacaan berkaitan
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia – SoyaCincau.com