• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton akan edar NEV Smart di Malaysia dan Thailand

  • OLEH Najib
  • 6:50 pm
  • 21/01/2022
  • Komen
Proton akan edar NEV Smart di Malaysia dan Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

Proton, pengeluar kenderaan nasional Malaysia akan menjual kereta elektrik tidak lama lagi. Ia akan menjadi kenyataan selepas Proton dan Smart Automobile Company (Smart) mendatangani Memorandum Perjanjian (MOA) untuk memperkenalkan rangkaian Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) keluaran Smart untuk pasaran ASEAN.

Majlis MOA ini diadakan secara maya dan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah bersama Naib Presiden Kewangan Smart, Ulf Nestler. Ia turut disaksikan oleh Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Smart, Tong Xiangbei.



MoA ini akan turut membolehkan Proton Edar mewujudkan rangkaian jualan dan perkhidmatan pelbagai peringkat di Malaysia serta Thailand, selain mengadakan pusat pengalaman jenama dan beberapa lokasi jualan, menyediakan pasaran tempatan dengan perkhidmatan jualan serta selepas jualan untuk NEV Smart.

Smart Automobile Company adalah syarikat usahasama yang diasaskan pada tahun 2019, antara Mercedes-Benz dan Kumpulan Geely China. Geely turut mempunyai pegangan kawalan dalam Proton, memiliki 49% pegangan saham dalam syarikat pengeluar kereta nasional Malaysia.



Walaupun Smart dahulu pernah menjual kenderaan kompak di Malaysia, ia tidak lagi membawa idea yang sama dalam NEV. Smart pernah memperlihatkan konsep kereta elektrik pertama mereka, dipanggil sebagai Concept #1 pada tahun lepas. Ia dikhabarkan sebagai kenderaan yang menghampiri penghasilan, bakal menjadi kenderaan elektrik pertama keluaran Smart.

Saiz Concept #1 dilihat sedikit lebih panjang daripada Perodua Ativa, tetapi masih pendek berbanding kereta segmen B SUV yang lain. Kereta Smart Concept #1 ini kelihatan sangat canggih, dengan kelengkapan elektronik moden diterapkan di dalam kenderaan.

Walaupun Proton dilantik sebagai pengedar kereta Smart, dengan Geely sebagai pemilik bersama Smart, kita mungkin dapat melihat model Proton dihasilkan daripada Concept #1. Tetapi kemungkinan ini masih meluas memandangkan Geely sendiri ada membangunkan kenderaan elektrik mereka sendiri, seperti Geometry A.

[Sumber: Paultan]

Bacaan Berkaitan

  • Proton Iriz dan Persona 2022: 6 naik taraf teknologi yang perlu anda tahu
  • Proton R3 dikenali sebagai kereta legenda berprestasi tinggi, Iriz R3 & Saga R3 tidak tergolong di dalamnya
  • Harga rasmi Proton X50 diumumkan, bermula dari RM79,200
Tags: EVgeelyKereta elektrikprotonSMARTSmart 1Smart AutomobileSmart Concept 1
Najib

Najib

POPULAR

Proton akan edar NEV Smart di Malaysia dan Thailand

Proton akan edar NEV Smart di Malaysia dan Thailand

21 January 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN