• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia bakal haramkan penjualan rokok kepada generasi 2005 dan keatas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:33 am
  • 28/01/2022
  • Komen
Malaysia bakal haramkan penjualan rokok kepada generasi 2005 dan keatas
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu mesyuarat eksekutif Pertubuhan Kesihantan Sedunia (WHO) yang ke-150, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkongsikan rancangan Malaysia bagi mengurangkan ketagihan tembakau dalam kalangan rakyatnya. Beliau memaklumkan yang satu undang-undang akan dibentangkan dalam tahun ini dan sekiranya diluluskan, negara ini akan mengharamkan penjualan produk tembakau kepada individu yang lahir bermula 2005.

Announcing Malaysia’s legislative plans for a tobacco generation endgame to not sell smoking products to anyone born after 2005 at the @WHO #EB150. pic.twitter.com/CfX44NurAB

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 27, 2022

Untuk rujukan, individu yang lahir dalam tahun 2005 sepatutnya sudah berusia 17 tahun dalam tahun 2022. Akta Kawalan Tembakau dan Rokok akan dibentang dalam sidang Dewan Rakyat yang seterusnya.



Ia adalah satu akta yang baharu kerana buat masa ini, produk tembakau tertakluk kepada Akta Makanan 1983. Makanya, satu akta baharu yang lebih moden perlu dirangka bukan sahaja untuk mengawal selia produk tembakau, malahan produk seperti vape dan rokok elektronik.

Antara statistik yang dikongsikan adalah, 1 daripada 5 rakyat kita yang berusia 15 tahun ke atas adalah perokok. Selain itu, negara ini mencatatkan 27 ribu kematian berkaitan tembakau seperti masalah jantung, barah, dan stroke. Lebih menyedihkan kira-kira 15% daripada kematian itu adalah daripada golongan perokok sekunder.



Usaha membanteras amalan merokok dalam kalangan rakyat Malaysia oleh kerajaan bukanlah benda baru. Contohnya, dalam tahun 2019 telah berkuat kuasa larangan merokok di apa saja tempat makan. Kemudian, duti eksais semua produk berkaitan rokok elektronik diperkenalkan sebanyak 10%.

Sumber: Gambar Pemuka

Tags: kesihatanrokokRokok Elektronik
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Malaysia bakal haramkan penjualan rokok kepada generasi 2005 dan keatas

Malaysia bakal haramkan penjualan rokok kepada generasi 2005 dan keatas

28 January 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN