• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Samsung jamin kemaskini sehingga 5 tahun untuk Galaxy A dan Galaxy Watch terpilih

  • OLEH Najib
  • 3:57 pm
  • 11/02/2022
  • Komen
Gambar rasmi Galaxy A53 tersebar, ada sedikit berbeza dengan Galaxy A52
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah meningkatkan komitmen mereka untuk memastikan peranti mereka boleh digunakan lebih lama, apabila mengumumkan jaminan untuk memberikan kemaskini OS sebanyak 4 kali dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun, bagi peranti mereka yang baru dilancarkan. Selain siri S22 dan siri Tab S8, beberapa model lama turut dimasukkan ke dalam jaminan ini iaitu siri S21, Z Fold 3 dan Z Flip 3.

Kini Samsung meluaskan lagi jaminan terbaru ini kepada beberapa peranti bukan flagship mereka yang akan datang. Dalam kenyataan yang baru dikeluarkan, Samsung merancang untuk menjadikan siri Galaxy A terpilih yang akan dilancarkan selepas ini, turut diberi jaminan kemaskini yang sama.



Dalam kenyataan mereka tahun lepas yang menyatakan jaminan kemaskini keselamatan selama 4 tahun, Samsung menyenaraikan hampir semua peranti Galaxy A yang dilancar tahun 2019 dalam jaminan tersebut. Ini termasuk peranti kelas permulaan seperti Galaxy A10, Galaxy A20, Galaxy A30 dan Galaxy A50.

Selain telefon pintar, Samsung juga menyatakan komitmen mereka untuk memberi kemaskini jangka panjang untuk peranti boleh pakai mereka yang menggunakan One UI Watch dan Wear OS. Sehingga 4 tahun kemaskini akan diberikan kepada Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch 4 Classic, serta peranti Galaxy Watch yang akan dilancarkan selepas ini.



Jaminan kemaskini yang panjang sebegini sudah cukup untuk menjadikannya asbab membeli peranti Samsung. Ini membolehkan pengguna memiliki ketenangan minda kerana tidak perlu risau peranti lama tidak selamat digunakan kerana tiada lagi kemaskini.

Setakat ini, masih tiada pengeluar lain yang memberikan jaminan kemaskini untuk peranti kelas permulaan dan kelas pertengahan mereka. Hanya ada jaminan kemaskini untuk peranti kelas flagship sahaja.

Dengan jaminan Samsung sebelum ini, Galaxy A10 yang dilancarkan pada 2019, akan terus menerima kemaskini sehingga tahun 2023. Untuk peranti Galaxy A yang dilancarkan tahun ini, ia akan mendapat kemaskini keselamatan sehingga tahun 2027. Selagi masih elok dan lancar digunakan, tak perlu habiskan wang untuk beli telefon baru.

[Sumber: Samsung]
[Gambar: Winfuture]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung mahu saingi Google, beri kemaskini 5 tahun untuk siri Galaxy S22, S21 dan Tab S8
  • Samsung jamin beri naik taraf Android sebanyak 3 generasi
  • Samsung janji kemaskini keselamatan peranti terpilih sekurang-kurangnya 4 tahun

Tags: samsungSamsung Galaxy ASamsung galaxy watch 4Samsung Galaxy Watch 4 Classic
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Gambar rasmi Galaxy A53 tersebar, ada sedikit berbeza dengan Galaxy A52

Samsung jamin kemaskini sehingga 5 tahun untuk Galaxy A dan Galaxy Watch terpilih

11 February 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN