• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selamat tinggal BlackBerry 5G sekali lagi, dan untuk selamanya

  • OLEH Najib
  • 12:37 pm
  • 14/02/2022
  • Komen
Selamat tinggal BlackBerry 5G sekali lagi, dan untuk selamanya
Share on FacebookShare on Twitter

BlackBerry, satu nama yang gah di arena telefon pintar suatu masa dahulu, dilaporkan akan berhenti melesenkan nama mereka dalam penghasilan peranti. Selepas tidak lagi menghasilkan telefon pintar sendiri, BlackBerry telah melesenkan nama peranti mereka kepada TCL pda 2016 yang kemudiannya melancarkan beberapa peranti seperti KeyONE dan Key2.

TCL tidak memperbaharui perjanjian ini dan ia telah diambil alih pula oleh OnwardMobility pada tahun 2020. OnwardMobility merancang untuk mengeluarkan peranti 5G BlackBerry pada tahun 2021 tetapi tidak menjadi kenyataan, akibat kekangan yang berlaku ketika COVID-19 merebak. OnwardMobility membaharu komitmen mereka dan menyatakan ia akan dilancarkan pada tahun 2022, tetapi ia mungkin tidak akan berlaku.



Antara peranti terakhir dihasilkan, BlackBerry KEY2

Ini kerana laporan terbaru menyatakan bahawa BlackBerry telah membatalkan perjanjian pelesenan mereka bersama OnwardMobility. Perkara ini dimaklumkan oleh Kevin Michaluk dari laman Crackberry, dan disahkan oleh laman Android Police. BlackBerry cuba menjauhkan diri mereka dari penghasilan peranti, selepas menjual kebanyakan paten mudahalih mereka kepada syarikat konsortium, Catapult IP Innovations Inc pada harga USD600 juta (~RM2.514 bilion) bulan lepas.

BlackBerry mahupun OnwardMobility masih tidak mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini, malah tidak memberi maklum balas kepada pertanyaan media. CEO BlackBerry, John Chen dipercayai mahu melupakan kisah lalu mereka dan tidak lagi menaruh harapan pada perniagaan yang tidak pasti berjaya. BlackBerry sebelum ini melaporkan kewangan mereka mengukuh, terutama dalam perniagaan IoT dan keselamatan siber. Tidak mengejutkan jika BlackBerry mahu menumpukan perhatian mereka kepada model perniagaan yang lebih berjaya sekarang.



Penjualan paten juga merupakan satu perkara yang biasa untuk syarikat lama yang memegang banyak lesen paten. Kodak contohnya, yang pernah popular dengan kamera dan fotografi analog telah menjual paten pengimejan digital mereka kepada sebuah konsortium pada jumlah USD 525 juta (~RM2.2 bilion) selepas jatuh bankrap.

Selamat tinggal BlackBerry. Terima kasih atas kenangan indah papan kekunci fizikal di telefon pintar.

[Sumber: CrackBerry, AndroidPolice]

Tags: BlackBerryOnwardmobility
Najib

Najib

POPULAR

Selamat tinggal BlackBerry 5G sekali lagi, dan untuk selamanya

Selamat tinggal BlackBerry 5G sekali lagi, dan untuk selamanya

14 February 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN