• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find X akan datang bakal dilengkapi teknologi Hasselblad

  • OLEH Najib
  • 1:16 pm
  • 16/02/2022
  • Komen
Oppo Find X akan datang bakal dilengkapi teknologi Hasselblad
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo, pengeluar telefon pintar terkemuka di dunia telah mengumumkan kerjasama mereka dengan pakar kamera, Hasselblad. Kerjasama ini menyaksikan siri Oppo Find akan dibangunkan dengan teknologi ‘Hasselblad Camera for Mobile‘.

Perkara ini tidaklah mengejutkan kerana ahli keluarga Oppo yang lain iaitu OnePlus, telah pun bekerjasama dengan Hasselblad pada telefon pintar OnePlus 9 dan OnePlus 10. Apatah lagi apabila Oppo dan OnePlus mengambil keputusan untuk membangunkan sistem operasi mereka bersama-sama, apa yang digunakan oleh salah satu daripada mereka akan kelihatan pada yang lain juga.



OnePlus 10

Oppo juga sedang menaik taraf sistem pengimejan pada peranti mereka dengan melancarkan NPU MariSilicon X, yang dibangunkan sendiri oleh Oppo. Dengan kepakaran Hasselblad dalam Penentukuran Warna Semulajadi, Oppo mensasarkan untuk membawa tona warna kulit seasli mungkin ke dalam dunia fotografi mereka.

Kerjasama Oppo dan Hasselblad ini akan berlangsung selama tiga tahun, dimulakan dengan peningkatan pada perisian untuk menghasilkan warna semulajadi sekaligus meletakkan tanda aras baru untuk prestasi warna pada kamera di telefon pintar.



Oppo akan membawakan hasil kerjasama mereka dengan Hasselblad pada peranti flagship akan datang mereka, siri Find X yang dijangka dilancarkan pada suku pertama 2022.

Tags: Hasselbladoppo
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X akan datang bakal dilengkapi teknologi Hasselblad

Oppo Find X akan datang bakal dilengkapi teknologi Hasselblad

16 February 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN