• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Percuma Samsung Care+ apabila membeli Galaxy Tab A7 Lite sekarang

  • OLEH Najib
  • 1:30 pm
  • 22/02/2022
  • Komen
PROMO: Percuma Samsung Care+ apabila membeli Galaxy Tab A7 Lite sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu tablet paling mampu milik boleh dibeli di Malaysia sekarang adalah Samsung Galaxy Tab A7 Lite. Ia kini ditawarkan dengan perlindungan tambahan, Samsung Care+ bernilai RM55 secara percuma.

Samsung Malaysia sekarang mengadakan promosi khas untuk Galaxy Tab A7 Lite, bermula dari 16 Februari hingga 31 Mac 2022. Semua pembelian tablet ini akan menerima satu tahun pelan perlindungan Samsung Care+ bernilai RM55 secara percuma. Pembeli yang layak, perlu menebus ganjaran ini menerusi portal Samsung Redemption.



Kepada yang berminat, boleh memilih antara dua warna yang disediakan iaitu kelabu dan perak. Di Malaysia, terdapat dua varian Galaxy Tab A7 Lite dijual iaitu:

  • Galaxy Tab A7 Lite WiFi (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM699
  • Galaxy Tab A7 Lite LTE (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM699

Samsung Care+ menyediakan perlindungan tambahan kepada peranti untuk kerosakan yang disengajakan atau tidak seperti terjatuh, serta kerosakan akibat air. Jika berlaku kerosakan, pengguna hanya perlu menghubungi talian khidmat pelanggan Samsung Care+ dan peranti akan diambil dan dipulangkan secara percuma. Malah, peranti akan diganti jika tidak boleh dibaiki.



Tetapi ada perkara penting yang perlu diambil perhatian tentang Samsung Care+. Pelan ini tidak membaiki atau mengganti peranti rosak secara percuma seperti jaminan biasa, sebaliknya pengguna perlu membayar satu jumlah tetap untuk setiap baik pulih.

Bagi Galaxy Tab A7 Lite, yuran baik pulih adalah RM129. Tidak kiralah menggantikan skrin retak, papan induk yang rosak akibat termasuk air, atau apa jua kerosakan di luar jaminan biasa, pengguna hanya membayar RM129 untuk membaiki semua kerosakan ini. Tidak perlu keluar rumah juga kerana peranti akan diambil dan dipulangkan secara percuma.

Spesifikasi

Tablet ini memiliki paparan LCD TFT seluas 8.7-inci dan resolusi WXGA+ (1340×800), tidak mencapai HD Penuh. Skrin ini tiada takuk dan lubang kerana kamera hadapan terletak di bingkainya yang tebal. Pemproses yang digunakan di dalamnya adalah MediaTek Helio P22T, sebuah cip kelas permulaan.

Ada dua kamera di tablet ini, satu di hadapan iaitu 2MP dan satu lagi di belakang, 8MP. Mencukupi untuk kegunaan pembelajaran dalam talian. Sistem bunyi dihasilkan menerusi speaker stereo, di bawah dan atas telefon.

Bateri dilihat tidak berapa besar, dengan kapasiti 5,100mAh sahaja. Ia dicas melalui USB-C dan menyokong kuasa sehingga 15W. jek audio 3.5mm masih ada jika perlu mencucuk fon telinga berwayar.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Galaxy Tab A7 Lite.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Care+ sedia perlindungan peranti akibat kecuaian pengguna seperti terjatuh & masuk air
  • Samsung Galaxy Tab A7 Lite akan datang, tablet sesuai PdPR dan mampu milik
Tags: samsungSamsung Galaxy Tab A7 Lite
Najib

Najib

POPULAR

PROMO: Percuma Samsung Care+ apabila membeli Galaxy Tab A7 Lite sekarang

PROMO: Percuma Samsung Care+ apabila membeli Galaxy Tab A7 Lite sekarang

22 February 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN