• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple membolehkan Face ID dibaiki, tak perlu ganti peranti baru

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:57 pm
  • 25/02/2022
  • Komen
Apple jemput pengguna iPhone 13 Pro pamer kehandalan fotografi makro
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama lagi, Apple Stores dan pembekal perkhidmatan sah Apple boleh membaiki Face ID pada iPhone XS dan model lebih baharu tanpa perlu menggantikan keseluruhan peranti. Perkara ini dimaklumkan melalui memo dalaman yang diperolehi oleh MacRumors dari sumber yang boleh dipercayai.

Apple berkata, juruteknik yang diberi kuasa akan mendapat akses kepada bahagian perkhidmatan TrueDepth Camera, tidak lama lagi. Bahagian tersebut mengandungi modul Face ID dan kamera hadapan. Dengannya, pembekal perkhidmatan boleh lakukan pembaikan pada unit yang sama untuk masalah Face ID.



Ini merupakan perubahan yang besar, kerana masalah Face ID sebelum ini memerlukan penggantian keseluruhan peranti. Perkara ini juga berpotensi menjadikan harga pembaikan lebih berpatutan.

Dari sudut alam sekitar, inisiatif Apple ini nampaknya tidak akan menghasilkan sisa buangan yang banyak berbanding menggantikan keseluruhan peranti. Dalam masa yang sama, ini juga bermakna pengguna tidak akan kehilangan sebarang data atau perlu bersusah payah menyediakan iPhone baharu, hanya kerana satu kerosakan.



Setakat ini, tiada maklumat mengenai bila proses pembaikan baharu untuk Face ID ini akan dilaksanakan di Apple Stores dan pembekal perkhidmatan sah Apple. Apple memberitahu juruteknik bahawa latihan untuk proses ini akan disediakan pada masa akan datang.

Sebelum ini, Apple ada beri kenyataan bahawa mereka sedang rancang untuk keluarkan kemaskini yang membenarkan penggantian skrin tanpa cip kawalan mikro dan Face ID kekal boleh digunakan di iPhone 13. Maka, pihak ketiga berkemungkinan boleh baikinya sendiri. Namun, tiada laporan lanjut mengenai perkara ini lagi.

[Sumber: 9TO5Mac, Macrumors]

Bacaan berkaitan

  • Apple akan benarkan skrin iPhone 13 dibaiki pihak ketiga
  • Fungsi terbaru iPhone 13 jadikan baikpulih skrin pihak ketiga hampir mustahil
  • Anda boleh jadi jurubaik pulih iPhone yang halal bila sertai program ini
Tags: Face IDiOSiphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Apple jemput pengguna iPhone 13 Pro pamer kehandalan fotografi makro

Apple membolehkan Face ID dibaiki, tak perlu ganti peranti baru

25 February 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN