• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna BigPay boleh dapatkan pinjaman peribadi sepantas 5 minit tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 5:10 pm
  • 25/02/2022
  • Komen
Pengguna BigPay boleh dapatkan pinjaman peribadi sepantas 5 minit tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

BigPay adalah perkhidmatan kewangan dan eWallet di bawah syarikat Capital A (dahulu dikenali sebagai AirAsia Group). Tidak lama lagi, mereka akan melancarkan satu produk baru kewangan iaitu pinjaman peribadi dengan kelulusan pantas. Menurut BigPay, ini adalah perkhidmatan pinjaman peribadi digital sepenuhnya yang pertama di Malaysia.

Dalam gambar yang dikongsikan, pinjaman peribadi BigPay boleh diluluskan sepantas 5 minit sahaja dan tiada dokumen diperlukan. Aplikasi BigPay akan menghantar peringatan setiap bulan dan pengguna boleh membuat pembayaran semula dengan mudah di dalam aplikasi.



Cara-cara memohon pinjaman ini akan dijelaskan sepenuhnya selepas dilancarkan nanti.

BigPay sebelum ini telah menerima kelulusan untuk memberi pinjaman daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pada November 2020. Menurut CEO Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, kelulusan ini membolehkan pengguna BigPay memohon pinjaman peribadi dengan pantas serta kadar faedah yang rendah. Tambah Tony, walaupun golongan B40 akan mendapat faedah terbesar daripada kelulusan ini, golongan lain turut dapat menikmati kemudahan ini.



View this post on Instagram

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

Selain BigPay, KPKT turut memberi kelulusan kepada beberapa syarikat lain seperti Axiata Digital Capital, Grabfin Operations, GHL Payments, Presto Credit, JCL Credit Leasing, Fortune Tree Capital, dan Hoop Fintech.

Pinjaman peribadi menyediakan kemudahan kepada pengguna di waktu kecemasan seperti keperluan perubatan atau membaiki rumah. Ia juga boleh digunakan untuk melunaskan hutang lain atau menyediakan dana permulaan perniagaan, bergantung kepada kadar faedah yang dikenakan.

Sejak dilancarkan, BigPay dan kad prabayar fizikalnya menjadi popular di kalangan pengguna yang gemar ke luar negara kerana kadar tukaran wang asing dan caj ATM yang rendah. Baru-baru ini, BigPay telah menaikkan had dompet pengguna kepada RM20,000 tetapi ia masih tidak menyokong DuitNow QR sehingga sekarang, walaupun telah menyatakan mahu melakukannya.

BigPay juga telah menghantar permohonan untuk lesen Bank Digital di Malaysia tahun lepas dan berharap untuk menawarkan perkhidmatan kewangan penuh kepada individu, serta peniaga kecil dan sederhana. Tahun lepas, BigPay telah berjaya mengumpul dana sebanyak USD100 juta daripada SK Group dari Korea Selatan.

Tags: bigpay
Najib

Najib

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Pengguna BigPay boleh dapatkan pinjaman peribadi sepantas 5 minit tidak lama lagi

Pengguna BigPay boleh dapatkan pinjaman peribadi sepantas 5 minit tidak lama lagi

25 February 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER