• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco X4 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:44 pm
  • 28/02/2022
  • Komen
Poco X4 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau ada Redmi, tentulah ada kembar Poco-nya. Hari ini, subjenama Xiaomi, Poco mengumumkan Poco X4 Pro 5G untuk pasaran Malaysia. Daripada helaian spesifikasi, ia bakal bersaing hebat dengan saudara siri Redmi Note 11 dalam kategori telefon kelas pertengahan pada harga patut.

Harga Poco X4 Pro 5G di Malaysia

Poco X4 Pro 5G boleh didapati secara eksklusif di Shopee pada harga seperti berikut:



  • RAM 6GB + storan 128GB – RM1,199
  • RAM 8GB + storan 256GB – RM1,499

Namun, anda boleh dapatkannya pada harga lebih rendah pada hari pertama jualannya. Pada 3 Mac 2022, anda boleh dapatkan varian-varian ini masing-masing pada harga RM1,099 dan RM1,249 sahaja.

Harga di luar promonya lebih mahal berbanding Poco X3 Pro tempoh hari. Pada generasi terdahulu, ia dijual pada harga RM999 dan RM1,299 sahaja, lantas menjadi telefon terbaik yang boleh anda dapatkan pada harga bawah RM1,000.



Spesifikasi Poco X4 Pro 5G

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, Poco X4 Pro 5G secara asasnya adalah Redmi Note 11 Pro 5G. Mereka ada spesifikasi hampir serupa. Bermula di bahagian depan, telefon ini miliki panel paparan 6.67” berteknologi AMOLED beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 120Hz.

Papan itu berlubang di bahagian tengah dahi untuk menempatkan kamera 16MP. Masih tentang kamera, bahagian belakang telefon ini ada tiga buah kamera dengan kamera utamanya menggayakan sensor 108MP, diikuti kamera ultralebar 8MP dan akhir sekali kamera makro 2MP.

Atas papan utama, ia diperkasa cip Snapdragon 695 5G, sama seperti Redmi Note 11 Pro 5G dan Realme 9 Pro. Storannya, kalau tidak mencukupi boleh diperluas melalui slot mikro-SD yang disediakan.

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia boleh dicas pantas menggunakan blok pengecas 67W yang disediakan di dalam kotak.

Antara ciri-ciri menarik yang ada pada telefon ini adalah seperti speaker stereo, jek audio 3.5mm beserta pemancar inframerah untuk anda kawal kelengkapan rumah yang menyokong teknologi IR.

Tags: androidPocopoco m4 pro 5gpoco x4 pro 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Poco X4 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

28 February 2022
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN