• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pin tambah nilai Steam Wallet, MyCard dan PUBG Mobile ada di jual di 7-Eleven dari serendah RM5

  • OLEH Najib
  • 11:13 am
  • 01/03/2022
  • Komen
Pin tambah nilai Steam Wallet, MyCard dan PUBG Mobile ada di jual di 7-Eleven dari serendah RM5
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat permainan video kini boleh meningkatkan lagi kehebatan permainan mereka apabila kedai serbaneka 7-Eleven, mengumumkan penjualan pin tambah nilai Steam Wallet, PUBG Mobile dan MyCard di kedai mereka. Ia dijual dalam pelbagai nilai, dari serendah RM5 sehingga RM140.

Dengan perkhidmatan ini, 7-Eleven menyediakan cara mudah untuk pengguna yang tidak memiliki kad debit atau kad kredit untuk membeli pin tambah nilai digital. Bayaran boleh dibuat secara tunai, atau menggunakan eWallet yang disokong di 7-Eleven.



Senarai pin tambah nilai yang boleh dibeli di 7-Eleven adalah seperti berikut:

  • Steam Wallet – RM5, RM10, RM20, RM50, RM100
  • PUBG Mobile – 300+25UC (RM22), 600+60UC (RM44), 1500+300UC (RM110.10)
  • MyCard – 150pts (RM21), 350pts (RM49), 400pts (RM56), 450pts (RM63), 500pts (RM70), 1,000pts (RM140)

Steam Wallet merupakan dompet elektronik untuk pustaka permainan terkemuka di dunia. Pengguna boleh membeli pelbagai tajuk permainan video di Steam, selepas mengisi Steam Wallet mereka.



Steam Store
PUBG Mobile

PUBG Mobile adalah salah satu permainan mudah alih popular di telefon pintar. Dengan konsep “Hunger Games”, pemain boleh bermain secara berkumpulan atau solo untuk menjadi orang yang terakhir hidup di dalam permainan. Dengan membeli UC, pemain boleh mendapatkan pelbagai aksesori dan senjata yang boleh digunakan semasa berperang.

MyCard pula adalah kad mata permainan yang boleh digunakan untuk membeli pelbagai kandungan digital di seluruh dunia.

Selain pin tambah nilai, 7-Eleven turut menjual pelbagai kad hadiah untuk aplikasi digital seperti Google Play, Playstation Plus, Netflix, Spotify, Joox, KKBox, Starbucks, Roblox, Valorant dan banyak lagi.

Bacaan Berkaitan

  • 7-Eleven kini menjual kad hadiah Valorant & Legends of Runeterra
  • Gift card Roblox kini boleh didapati di 7 Eleven berdekatan anda
  • Kad hadiah Google Play mula dijual di 7-Eleven
  • Beli kad hadiah Netflix di 7 Eleven untuk menang wang tunai RM10,000
Tags: 7-ElevenMyCardpubg mobileSteam
Najib

Najib

POPULAR

Pin tambah nilai Steam Wallet, MyCard dan PUBG Mobile ada di jual di 7-Eleven dari serendah RM5

Pin tambah nilai Steam Wallet, MyCard dan PUBG Mobile ada di jual di 7-Eleven dari serendah RM5

1 March 2022
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN