• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Fitbit Ionic dalam bahaya termasuk di Malaysia, Fitbit tawar pulangan wang penuh

  • OLEH Najib
  • 4:15 pm
  • 03/03/2022
  • Komen
Jam pintar pertama Fitbit mula tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Fitbit Ionic adalah jam pintar pertama keluaran Fitbit, dilancarkan pada tahun 2017. Ia dilaporkan mahu bersaing dengan Apple Watch ketika itu, dan mengeluarkan Fitbit daripada dikenali sebagai peranti aktiviti kecergasan sahaja.

Bagaimanapun, Fitbit kini mengeluarkan kenyataan bahawa jam pintar Ionic boleh membawa kemudaratan kepada pengguna. Ini kerana bateri di dalamnya boleh menjadi terlampau panas, sekaligus menjadikan tangan melecur.



Sehubungan itu, Fitbit meminta pengguna untuk berhenti menggunakannya dengan segera dan berjanji akan memberi pulangan wang sebagai ganti. Masalah ini hanya terhad kepada Fitbit Ionic sahaja, tidak melibatkan mana-mana peranti Fitbit yang lain.

Cara memohon pulangan wang

Untuk pengguna Fitbit Ionic di Malaysia, anda boleh memohon pulangan wang dengan pergi ke laman web Fitbit Refund Center. Pilih negara Malaysia dan masukkan maklumat peribadi anda. Kemudian, anda perlu daftar masuk ke akaun Fitbit dan mereka akan memeriksa jika terdapat peranti Fitbit Ionic pernah digunakan.



Jika layak, anda boleh memilih untuk mendapatkan pulangan wang dalam bentuk Grab eGift atau PayPal. Fitbit memaklumkan, kadar tukaran mata wang mungkin menjadikan jumlah yang diterima dalam matawang tempatan berkurangan.

Pengguna akan diminta untuk memulangkan Ionic kepada Fitbit. Tetapi jika ia tidak dapat dipulankgan, Fitbit menasihatkan agar Ionic dikitar semula mengikut standard EPA, atau mengitar semula di pusat kitar semula bertauliah. Tetapi sebelum itu, hapuskan semua data peribadi di dalamnya.

Fitbit akan memulangkan jumlah penuh USD299 serta menawarkan diskaun 40% untuk membeli peranti Fitbit terpilih. Tetapi tawaran ini terhad dalam masa 90 hari selepas mendaftarkan permohonan pulangan wang. Pemulangan wang akan mengambil masa sekitar 3-6 minggu.

Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, layari laman web Fitbit Voluntary Safety Recall of Ionic Smartwatches.

Bacaan Berkaitan

  • Jam pintar pertama Fitbit mula tiba di Malaysia
  • Fitbit Charge 5 semakin canggih, kini ada skrin AMOLED dan sensor EDA
  • Fitbit Luxe, jam kecergasan bergaya dengan rekaan mewah
  • Fitbit Ace 3, jam pintar kanak-kanak dilengkapi penjejak tidur & penggera senyap
  • Fitbit lancar 3 peranti kecergasan baru: Sense, Versa 3 & Inspire 2
Tags: FitbitFitbit Ionic
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Jam pintar pertama Fitbit mula tiba di Malaysia

Pengguna Fitbit Ionic dalam bahaya termasuk di Malaysia, Fitbit tawar pulangan wang penuh

3 March 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN