• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pascabayar Xpax dinaik taraf, lebih banyak data pantas dan internet tanpa had dengan 2 tahap FUP

  • OLEH Najib
  • 12:06 pm
  • 03/03/2022
  • Komen
Pascabayar Xpax dinaik taraf, lebih banyak data pantas dan internet tanpa had dengan 2 tahap FUP
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom kini telah menggantikan pelan pascabayar Xpax XP Lite, kepada nama baharu dengan lebih banyak data diberikan bermula 1 Mac 2022. Pas M dan Pas L di XP Lite, kini ditukar kepada pelan Xpax Postpaid 40 dan Xpax Postpaid 60.

Tarikan baharu pada pelan pascabayar Xpax baru ini adalah lebih banyak data dengan kelajuan tanpa had, dan kini ditambah dengan data tanpa had dengan kelajuan disekat untuk kegunaan aplikasi terpilih iaitu YouTube, Facebook dan Instagram. Tetapi penggunaan WhatsApp dan WeChat tanpa had tidak lagi diberikan. Selain itu, ia masih mengekalkan panggilan tanpa had ke semua talian. Manakala SMS dikenakan caj 20 sen setiap satu.



Bagi pelan Xpax Postpaid 40, ia berharga RM40/bulan dan memberikan 10GB data kelajuan tanpa had, serta data untuk YouTube, Facebook dan Instagram tanpa had dengan kelajuan disekat ke 3Mbps. Ini memberikan kualiti video SD 480p yang lancar untuk YouTube.

Untuk pelan Xpax Postpaid 60 yang berharga RM60/bulan pula, data kelajuan tanpa had sebanyak 20GB disediakan bersama data YouTube, Facebook dan Instagram tanpa had disekat kelajuan ke 6Mbps. Ia menyediakan strim lancar YouTube untuk resolusi HD 720p.



Bagaimanapun, pengguna harus sedar tentang had penggunaan saksama (Fair Usage Policy, FUP) untuk penggunaan data tanpa had. FUP peringkat pertama adalah sebanyak 150GB, apabila dicapai kelajuan akan disekat 1.5Mbps. Selepas itu, pengguna ada kuota lagi 100GB dengan kelajuan 1.5Mbps sebelum FUP peringkat kedua dikenakan. Selepas FUP kedua, kelajuan disekat kepada 512Kbps sahaja.

Menurut Celcom, FUP ini dikenakan untuk memastikan pengguna yang menggunakan terlampau banyak tidak mengongkong kapasiti talian, sekaligus menyusutkan kualiti internet untuk pengguna lain. Selain itu, secara purata pengguna internet mudah alih menggunakan sekitar 35-40GB data sebulan. Jadi, FUP ini adalah lebih dari mencukupi.

Kepada pengguna pascabayar Xpax XP Lite, anda boleh memilih untuk kekal dengan pelan sedia ada. Tetapi jika anda berminat untuk bertukar ke pelan baru ini, anda boleh berbuat demikian di laman web Celcom eStore. Bagi pengguna dari talian lain yang mahu bertukar ke Xpax, akan diberikan rebat RM30 (RM5 x 6 bulan).

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Xpax Postpaid.

Bacaan Berkaitan

  • Pelan Xpax XP Lite diperkemas dengan YouTube tanpa had dari RM38/bulan
  • Prabayar Xpax Unlimited kini ada dua kali kelajuan dengan membeli add-on
  • Tiada lagi tanpa had, Xpax Unlimited kini ada FUP seperti Hotlink
Tags: celcomxpaxXpax PostpaidXpax Postpaid 40Xpax Postpaid 60
Najib

Najib

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Pascabayar Xpax dinaik taraf, lebih banyak data pantas dan internet tanpa had dengan 2 tahap FUP

Pascabayar Xpax dinaik taraf, lebih banyak data pantas dan internet tanpa had dengan 2 tahap FUP

3 March 2022
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER