• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone SE generasi ketiga lebih berkuasa, ditambah 5G serta dinaikkan harga

  • OLEH Najib
  • 5:37 am
  • 09/03/2022
  • Komen
iPhone SE generasi ketiga lebih berkuasa, ditambah 5G serta dinaikkan harga
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti dijangka, Apple melancarkan telefon pintar mampu milik yang dinaiktaraf, iPhone SE generasi ke-3 pada majlis Apple Peek Performance pagi tadi. Telefon ini mengekalkan rupa luaran yang menyerupai iPhone 8, dengan sedikit perubahan di bahagian dalaman.

Pembaharuan utama di iPhone SE gen-3 ini adalah penggunaan cip terbaru Apple A15 Bionic. Ia adalah naik taraf dua generasi berbanding iPhone SE gen-2 yang menggunakan cip Apple A13 Bionic. Cip baru yang dipertingkat kuasa ini, membolehkan iPhone SE ditambah dengan fungsi kamera hebat seperti Deep Fusion, Smart HDR 4 dan Photographic Styles, serta berupaya menterjemah teks masa nyata Live Text.



Di samping itu, cip baru ini juga lebih cekap tenaga, menjadikan iPhone SE gen-3 memiliki hayat bateri lebih panjang, sehingga 15 jam bermain video berterusan, berbanding 13 jam di iPhone SE gen-2. Buat pertama kalinya, iPhone SE kini dilengkapi sokongan 5G.

Lain-lain spesifikasi kelihatan tidak ada bezanya antara iPhone SE gen-3 dan iPhone SE gen-2. Ia masih memiliki skrin Retina HD jenis LCD berbingkai tebal, berukuran 4.7-inci. Di bawah skrin ini, terdapat pengimbas capjari Touch ID.



Di bingkai atas skrin, adanya kamera hadapan yang masih serupa iaitu kamera FaceTime HD 7MP. Kamera belakang juga sama iaitu 12MP dengan OIS.

iPhone SE ini juga masih kalis air IP67 dan ada speaker stereo. Ia mengecas melalui sambungan Lightning serta menyokong pengecasan wayarles, tetapi tiada pula sokongan pengecas Magsafe.

Harga dan tarikh jualan

Dengan perubahan hanya di cip, Apple telah menaikkan harga iPhone SE gen-3 sebanyak RM100 tetapi kini menawarkan tiga jenis storan iaitu:

  • iPhone SE 64GB – RM2,099
  • iPhone SE 128GB – RM2,299
  • iPhone SE 256GB – RM2,799

Pilihan warna cuma ada tiga iaitu putih, hitam dan merah. Mereka yang berhasrat untuk membeli iPhone SE baru ini, boleh berbuat demikian mulai 25 Mac 2022. Tempahan awal akan turut dibuka, pada 18 Mac 2022.

Bacaan Berkaitan

  • Telefon bajet Apple terbaru sudah tiba: iPhone SE 2020
  • iPhone SE (2020) Miliki Kapasiti Bateri Sekitar Flagship 2012
  • Baca Ini Kalau Anda Tak Percaya iPhone SE (2020) adalah Jelmaan Semula iPhone 8
Tags: appleapple iphone seiPhone SE
Najib

Najib

POPULAR

iPhone SE generasi ketiga lebih berkuasa, ditambah 5G serta dinaikkan harga

iPhone SE generasi ketiga lebih berkuasa, ditambah 5G serta dinaikkan harga

9 March 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN