• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Acara Nothing pada 23 Mac, adakah telefon pintar baru atau ada perkara lain?

  • OLEH Najib
  • 4:10 pm
  • 10/03/2022
  • Komen
Nothing Ear 1 bakal dijual di Malaysia, peminat ada peluang mendapatnya percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing, syarikat yang diasaskan oleh bekas pengasas bersama OnePlus, Carl Pei baru mengeluarkan satu produk di bawah jenama mereka iaitu fon telinga Nothing Ear (1). Kini mereka dilihat bersedia untuk melancarkan lagi produk baru apabila mengumumkan akan mengadakan satu majlis pada hujung bulan ini.

Bertajuk ‘The Truth’, acara ini akan diadakan pada hari Rabu, 23 Mac 2022 pukul 2 petang waktu London, bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia. Buat masa ini, belum dinyatakan adakah acara ini hanya secara maya atau boleh dihadiri secara fizikal. Tetapi laman web acara tersebut menerima pendaftaran minat untuk peminat menjadi yang terawal mengetahui tentang kemaskini acara tersebut.



Ada telefon baru atau tidak?

Sebenarnya, Nothing baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan mereka baru sahaja berjaya mengutip dana Siri B sebanyak USD70 juta. Ini menjadikan jumlah dana terkumpul Nothing sebanyak USD 144 juta, termasuk kutipan dana komuniti pertama sebanyak USD1.5 juta.

Nothing menerangkan, dana ini akan digunakan untuk membangunkan produk baru yang akan dilakukan dengan kerjasama pengeluar cip terkemuka Qualcomm Technologies dan menggunakan platform Snapdragon. Selain itu, Nothing juga akan mengembangkan lagi operasi mereka di London Design Hub, yang diketuai oleh bekas Ketua Rekaan Dyson, Adam Bates.



Sumber: @evleaks

Dalam kenyataan rasmi ini juga, Nothing tidak menyatakan akan melancarkan produk baru pada 23 Mac, sebaliknya mahu membentang peta perjalanan mereka untuk tahun 2022. Bagaimanapun, cakap-cakap tentang telefon pintar Nothing hangat diperkatakan apabila terdapat gambar Carl Pei tersebar, menunjukkan dia sedang berbincang dengan pegawai Qualcomm sambil memegang sebuah telefon pintar misteri, di pameran MWC 2022 di Barcelona, Sepanyol.

Selepas itu, tersebar pula gambar yang menunjukkan sebuah telefon pintar dengan badan telus cahaya dan label Nothing padanya. Bagaimanapun, gambar ini tidak disahkan dari mana sumbernya. Ia mungkin dihasilkan sendiri sesiapa sahaja.

Sumber: @universeice

Badan lutsinar di telefon pintar bukan perkara baharu, walaupun kita tidak melihatnya dihasilkan secara meluas terutama sekali ia tidak dijual di Malaysia. Bagaimanapun, produk pertama Nothing iaitu fon telinga Nothing Ear (1) tampil dengan badan lutsinar, semacam menjadi petanda halatuju yang akan digunakan Nothing iaitu badan telus cahaya untuk semua produk mereka.

Acara pada 23 Mac mungkin akan mengumumkan lebih daripada satu produk, kerana wawasan Carl Pei untuk Nothing adalah menghasilkan satu ekosistem produk yang boleh berhubung antara satu sama lain dengan lancar.

Nothing Ear (1) warna putih dan hitam

Apakah produk selain telefon pintar yang anda jangka akan dilancarkan oleh Nothing tahun ini?

[Sumber: GSMarena, Nothing]

Bacaan Berkaitan

  • Syarikat Nothing dilapor akan lancar telefon seawal April 2022
  • Nothing Ear (1) edisi hitam akan tiba di Malaysia bulan ini
  • Nothing Ear (1): Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: carl peiNothing
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Nothing Ear 1 bakal dijual di Malaysia, peminat ada peluang mendapatnya percuma

Acara Nothing pada 23 Mac, adakah telefon pintar baru atau ada perkara lain?

10 March 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN