• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Nord CE 2 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:34 pm
  • 14/03/2022
  • Komen
OnePlus Nord CE 2 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan OnePlus 10 Pro di China awal tahun ini, masih tiada khabar mengenainya akan dilancarkan di Malaysia. Tetapi OnePlus kembali mewarnai pasaran Malaysia apabila mengumumkan penjualan peranti lain yang baru dilancarkan, OnePlus Nord CE 2 5G.

OnePlus memasarkan Nord CE 2 5G sebagai peranti yang hadir dengan kuasa pengecas 65W, sedia 5G dan kamera AI magik. Untuk Malaysia, hadiah percuma disediakan untuk pembeli yang membuat tempahan awal bermula hari ini.



Harga jualan dan promosi tempahan awal

Hanya ada satu varian OnePlus Nord CE 2 5G akan dijual di Malaysia, datang bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Pilihan warna pula ada dua, antara biru dan hitam. Harga jualan rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • OnePlus Nord CE 2 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,499

Telefon ini akan mula dijual di Malaysia pada 19 Mac 2022, tetapi ada promosi tempahan awal dibuka sekarang. Pembeli yang membuat tempahan dari 14-18 Mac 2022, akan menerima hadiah percuma berupa fon telinga OnePlus Bullets Wireless Z Bass Edition!



Tempahan awal boleh dibuat di Stor Rasmi OnePlus Malaysia di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi

Siri Nord CE adalah peranti kelas pertengahan yang berada di bawah siri Nord. Bagi generasi ke-2 ini, OnePlus menaik taraf kamera dan kuasa pengecasnya. Kuasa pemproses diganti kepada cip Mediatek Dimensity 900 5G 6nm, dipadankan dengan RAM LPDDR4x 8GB dan storan US2.2 128GB.

Skrin Nord CE 2 5G tidak berubah, masih berukuran 6.43-inci jenis Fluid AMOLED HD Penuh, berkadar penyegaran 90Hz. Kali ini, ia dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5 di luar. Pengimbas capjari pula terdapat di dalam skrin.

Gabungan tiga kamera belakang dikuasakan AI adalah kamera utama 64MP F1.79, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan masih 16MP F2.4, terletak di dalam lubang kecil di sudut atas skrin.

Bateri di dalam Nord CE 2 5G berkapasiti 4,500mAh, kini dalam bentuk dwi-sel 2,250mAh. Ini membolehkan ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 65W, boleh mengecas sehingga 50% dalam masa kurang dari 15 minit.

Sistem operasi Oxygen OS masih digunakan di Nord CE 2 5G, tetapi ia berasaskan Android 11. Bukannya Android 12. OnePlus tidak menyatakan jaminan kemaskini berapa lama. Jika mengikut standard industri, ia adalah dua kali kemaskini OS dan dua tahun kemaskini keselamatan.

Tidak dinyatakan tentang adanya speaker stereo di telefon ini, tetapi satu lagi kelebihan Nord CE 2 5G adalah ia masih ada jek audio 3.5mm. Untuk pengecas 65W, ia datang bersama di dalam kotak. Menariknya, ada slot kad khas mikroSD disediakan, di samping dua slot kad SIM nano 5G.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk OnePlus Nord CE 2 5G.

Bacaan Berkaitan

  • OnePlus Nord CE, telefon 5G murah & nipis dengan kuasa Snapdragon 750G
  • Harga rasmi OnePlus Nord CE 5G di Malaysia di luar jangkaan
  • OnePlus 10 Pro diumumkan di China, harga bermula RMB4,699
Tags: OnePlusOnePlus Nord CE 2
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
OnePlus Nord CE 2 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

OnePlus Nord CE 2 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

14 March 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER