• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lazada raikan ulang tahun ke-10 dengan pelbagai tawaran, aktiviti & hadiah sehingga RM10,000

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:43 pm
  • 17/03/2022
  • Komen
Lazada raikan ulang tahun ke-10 dengan pelbagai tawaran, aktiviti & hadiah sehingga RM10,000
Share on FacebookShare on Twitter

Lazada menyambut ulang tahunnya kesepuluh dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik untuk pengguna. Aktiviti ini bermula seawal 14 Mac dan berakhir pada 10 Mei 2022. Lazada juga perkenalkan Time Machine peribadi. Ia merupakan ciri dalam aplikasi yang menyusuri pengalaman pengguna bersama Lazada selama ini.

Untuk mencuba Time Machine, anda boleh ikut langkah di bawah:



  1. Pergi ke halaman Account
  2. Tekan Time Machine
  3. Klik Let’s Go

DI dalam Time Machine ini, Lazada akan kongsikan pelbagai perkara menarik. Contohnya tarikh anda mula menggunakan Lazada dan jumlah penjimatan berbelanja dengan Lazada selama ini.

Berikut merupakan aktiviti dah tawaran yang Lazada sediakan sempena ulang tahun ini.



Lazada Super Party sedia banyak hadiah untuk dimenangi

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun kesepuluh ini, saluran LazLive Lazada akan menyiarkan rancangan penstriman langsung, Lazada Super Party pada 26 Mac dari 2 petang hingga 12 malam, tanpa henti.

Ia menjanjikan hadiah seperti 100 tawaran Epik eksklusif, baucar-baucar bernilai RM80,000 dan Kotak Kejutan Ulang Tahun Epik istimewa untuk dimenangi. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan selebriti sambil menunggu Jualan Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada yang bermula pada tengah malam 27 Mac.

Menangi hadiah bernilai sehingga RM10,000 melalui peraduan #ShareYourEpic

Di samping itu, Lazada juga akan melancarkan peraduan media sosial #ShareYourEpic di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Anda boleh sertai peraduan ini dengan berkongsi video di Instagram Reels atau TikTok yang memaparkan paparan tangkap layar troli beli-belah Lazada secara kreatif bermula sekarang hingga 22 Mac. 20 pemenang akan menerima hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM10,000.

Di samping itu, seorang daripada 20 pemenang dari Malaysia akan dipilih untuk memasuki pusingan kedua peraduan pada bulan April. Pemenang tersebut berpeluang memenangi hadiah utama bernilai USD10,000.

Pulangan tunai 500 LazCoins

Dari 14 hingga 26 Mac, para pelanggan Lazada akan menerima ganjaran pulangan tunai 500 LazCoins apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM50 di Lazada. Di samping itu, dari 27 hingga 29 Mac, Lazada akan menawarkan ganjaran pulangan tunai 50% LazCoins tanpa sebarang perbelanjaan minimum untuk semua pelanggan Lazada.

Kumpul Lazzie & tebus pelbagai ganjaran

Mulai 21 Mac hingga 10 Mei, anda boleh kumpul Lazzie dan tebusnya untuk mendapat baucar, rebat, LazCoins dan pelbagai manfaat lain. Lazzie boleh dikumpul menerusi Lazzie Hunt Mission Centre di dalam aplikasi. Ia juga boleh didapatkan dengan mengimbas kod QR pada bungkusan Lazada di gedung-gedung rakan niaga dan penyedia pengangkutan yang turut serta seperti Maxis, CIMB Bank, Domino’s, US Pizza Oppo, AirAsia Ride dan Babyshop. Anda boleh klik di sini pada 21 Mac untuk mula mengumpul Lazzie secara percuma.

Ganjaran Lazada Bonus & penghantaran percuma

Antara 21 dan 27 Mac, sehingga 50,000 baucar penghantaran percuma boleh dikumpulkan setiap hari. Para pelanggan juga boleh dapatkan diskaun Lazada Bonus bernilai sehingga RM400. Ia memberi potongan sebanyak RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan oleh pelanggan dari 27 hingga 29 Mac. Lazada Bonus itu juga boleh digunakan bersama baucar dan tawaran lain.

Tawaran pembelian serendah RM0.10

Sempena ulang tahun kali ini, Lazada membawakan tawaran harga rendah untuk pelanggan menerusi Super Flash Sale dan juga Crazy Flash Sale dengan tawaran EPIK serendah RM0.10. Maka, anda boleh nantikan jualan murah pelbagai barangan yang akan ditawarkan pada harga paling rendah.

Potongan 70% jenama hebat

Pada 27 Mac, dari jam 12 tengah malam sehingga 2 pagi, Lazada akan melancarkan tawaran eksklusif Crazy Brand Mega Offers dengan potongan sehingga 70% untuk tempoh terhad. Para peminat jenama boleh merebut tawaran terbaik pada harga terendah daripada jenama-jenama kegemaran mereka seperti Puma, Estée Lauder Companies, Philips dan banyak lagi.

Lakukan pra-tempahan produk dengan Chup Dulu

Selain itu, anda juga boleh berbelanja melalui Chup Dulu bermula 14 Mac sehingga 26 Mac. Ia merupakan ciri pra-tempahan dalam aplikasi Lazada. Anda boleh lakukan pra-tempahan produk daripada jenama LazMall terkenal seperti Estée Lauder, Chicco, Dettol, Nespresso dan Hasbro. Anda hanya perlu bayar deposit 10% sahaja untuk jadikan item itu milik anda. Kemudian, pada 27 Mac bermula jam 2 pagi, anda boleh lunaskan bayaran penuh bagi produk yang telah anda deposit itu.

Dalam masa yang sama, sepanjang jualan ulang tahun ini, anda boleh mencuba produk secara maya sebelum membuat pembelian melalui teknologi Virtual Try-On 3 berasaskan AR dan AI. Ia boleh digunakan apabila anda membuat pembelian di gedung alat solek seperti Bobbi Brown, Estée Lauder dan M.A.C. di LazMall.

Ada banyak tawaran disediakan, sudah tentu anda boleh berjimat banyak apabila berbelanja sepanjang sambutan ulang tahun Lazada ini. Maka, rebutlah peluang ini.

Tags: Lazada
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Lazada raikan ulang tahun ke-10 dengan pelbagai tawaran, aktiviti & hadiah sehingga RM10,000

Lazada raikan ulang tahun ke-10 dengan pelbagai tawaran, aktiviti & hadiah sehingga RM10,000

17 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER