• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 10C kembali sebagai peranti murah Xiaomi di bawah RM600

  • OLEH Najib
  • 9:52 am
  • 21/03/2022
  • Komen
Redmi 10C kembali sebagai peranti murah Xiaomi di bawah RM600
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Xiaomi Malaysia melancarkan telefon pintar Redmi 9A dan Redmi 9C pada Jun 2020 serta Redmi 9T pada Januari 2021, tiada lagi model baru Xiaomi diperkenal dengan harga di bawah RM600. Redmi 10 yang diumumkan pada Ogos 2021, harganya bermula dari RM649.

Kini Xiaomi Malaysia kembali menawarkan peranti baru di bawah RM600 dengan mengumumkan ketibaan Redmi 10C. Pastinya ia untuk menggantikan tempat Redmi 9C. Tetapi ia tidak semurah dahulu. Redmi 9C dengan storan 128GB dahulu dilancarkan berharga RM499. Untuk Redmi 10C, harganya di Malaysia adalah:



  • Redmi 10C (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM559
  • Redmi 10C (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM629

Peningkatan harga ini agak banyak, mungkin kerana banyaknya naik taraf yang diberikan padanya. Cuma agak pelik, kenapa Xiaomi Malaysia tidak membundarkannya kepada RM549 dan RM599 sahaja?

Tiada promosi pengenalan bagi Redmi 10C, jadi tiada diskaun atau hadiah percuma untuk pembeli terawal. Mereka yang berminat membelinya, boleh mendapatkan Redmi 10C dari kedai fizikal Xiaomi Store, serta stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.



Terdapat tiga pilihan warna disediakan untuk Redmi 10C iaitu Hitam, Biru dan Hijau.

Spesifikasi Redmi 10C

Menariknya, prestasi Redmi 10C boleh dikatakan setara dengan Redmi Note 11 kerana ia dikuasakan oleh cip yang sama, Snapdragon 680 6nm bersama RAM LPDDR4x 4GB dan storan UFS 2.2 sehingga 128GB. Slot mikroSD disediakan untuk storan ditambah sehingga 1TB.

Malah, Xiaomi memberikan skrin yang sangat besar untuk Redmi 10C, LCD berukuran 6.71-inci tetapi pada resolusi rendah HD 720p sahaja. Kaca Corning Gorilla Glass 3 melindungi lapisan luar skrin. Pengimbas capjari terletak di belakang, dimuatkan di dalam modul kamera belakang.

Di belakang, ia dipasang dua kamera. Satu ialah kamera utama 50MP F1.8 dan kedua adalah kamera potret 2MP. Tiada kamera makro ataupun ultra lebar. Kamera hadapan pula 5MP F2.2, terletak di dalam takuk kecil di dahi skrin.

Kapasiti bateri di dalam Redmi 10C ialah 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Walaupun Xiaomi memberikan pengecas di dalam kotak, ia adalah pengecas 10W. Pengecas 18W perlu dibeli berasingan.

Sistem bunyi adalah mono dengan speaker di bawah tetapi jek audio 3.5mm masih ada. Slot kad ada 3, dua untuk kad SIM nano dan satu lagi kad mikroSD.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Redmi Note 11: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Redmi 9A dan Redmi 9C telefon super murah terbaru Xiaomi
  • Redmi 9C dengan storan besar 128GB mula dijual di Malaysia
  • Xiaomi lancar Redmi 10 dengan skrin 90Hz, harga tidak semurah dahulu
  • Redmi 9T, raja baru telefon pintar mampu milik di awal 2021
Tags: Redmi 10CxiaomiXiaomi Redmi 10C
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Redmi 10C kembali sebagai peranti murah Xiaomi di bawah RM600

Redmi 10C kembali sebagai peranti murah Xiaomi di bawah RM600

21 March 2022
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN