• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Galaxy A33 mengejutkan, Volvo XC40 EV CKD Pertama Malaysia & aplikasi JENDELA | SBM #58

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:01 pm
  • 23/03/2022
  • Komen
Harga Galaxy A33 mengejutkan, Volvo XC40 EV CKD Pertama Malaysia & aplikasi JENDELA | SBM #58
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang dikupaskan dalam video minggu ini ialah, SKMM ada sediakan aplikasi untuk laporkan rangkaian teruk? Apa signifikannya Volvo XC40 Recharge Pure Electric pada Malaysia? Harga Galaxy A33, A53 dan A73 di Malaysia sangat mengejutkan? dan banyak lagi berita lain yang diketengahkan.

1. Liputan rangkaian teruk? Laporkan kepada SKMM di aplikasi baru JENDELA Map

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah lancarkan Aplikasi JENDELA Map. Ia boleh diguna untuk periksa liputan rangkaian mudah alih dan rangkaian tetap serta membuat aduan.



Berita penuh di sini.

2. Apple jimat lebih RM27 billion selepas keluarkan aksesori dari kotak, tapi harga telefon tak diturunkan

Sejak tahun 2020, Apple tak sertakan lagi kepala pengecas atau fon telinga bersama iPhone. Perubahan ini dikatakan untuk kurangkan pelepasan karbon dan memelihara bahan mentah. Apple dilaporkan telah jimat sekitar GBP 5 billion iaitu lebih dari 27 billion Ringgit.



Berita lanjut di sini.

3. Volvo XC40 Recharge Pure Electric sangat signifikan kepada negara Malaysia, ini sebabnya (WD)

Volvo XC40 Recharge Pure Electric telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Ini adalah kenderaan elektrik (EV) dipasang sepenuhnya (CKD) pertama di Malaysia dan negara kita akan menjadi hub rantau Asia Tenggara untuk model ini.

Maklumat penuh di sini.

4. Xiaomi 12 dan 12 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Siri Xiaomi 12 telah tiba di Malaysia. Ada dua model iaitu Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro. Xiaomi 12 memiliki kuasa Snapdragon 8 Gen 1, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Skrinnya kecil 6.28-inci, jenis AMOLED HD Penuh dan kadar penyegaran adaptif 120Hz. Xiaomi 12 Pro guna cip yang sama. Skrin 6.73-inci jenis AMOLED LTPO dengan resolusi lebih tinggi WQHD dan kadar penyegaran adaptif 120Hz.

Maklumat lanjut di sini.

5. Garmin Instinct 2 ada tenaga bateri tanpa had, kini dalam 2 saiz dan pelbagai warna

Garmin Instinct 2 telah dilancarkan di Malaysia dan anda boleh dimiliki sekarang. Garmin Instinct 2 ada dalam 2 saiz. Model biasa berukuran 45mm, Instinct 2s lebih kecil, berukuran 40mm. Beza dua model ini hanyalah saiz skrin dan kapasiti bateri.

Spesifikasinya di sini.

6. 5G percuma tanpa had dilanjutkan sehingga 30 Jun, DNB jemput telco bekerjasama

Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk teruskan konsep rangkaian tunggal 5G (SWN) kepada Digital Nasional Berhad. Sehubungan itu, DNB umum untuk lanjutkan tempoh ujian 5G bagi menyambut baik keputusan ini. Ini bagi lebih ruang dan masa kepada telco yang masih belum menandatangani perjanjian bersama DNB.

Berita penuh di sini.

7. Harga Galaxy A33, A53 dan A73 di Malaysia sangat mengejutkan

Siri Galaxy A 2022 telah dilancarkan dengan tiga model baru diumum iaitu Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G. Kesemua model kini datang standard dengan sokongan 5G, kalis air IP67 termasuk Galaxy A33, skrin Super AMOLED HD Penuh, bateri 5000mAh, pengecasan pantas 25W, speaker stereo dan jek audio 3.5mm.

Maklumat lanjut di sini.

Tags: 5gappleDNBGalaxy A33Galaxy A53Galaxy A73Garmin Instinct 2iphoneJENDELAVolvo XC40Xiaomi 12xiaomi 12 pro
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Harga Galaxy A33 mengejutkan, Volvo XC40 EV CKD Pertama Malaysia & aplikasi JENDELA | SBM #58

Harga Galaxy A33 mengejutkan, Volvo XC40 EV CKD Pertama Malaysia & aplikasi JENDELA | SBM #58

23 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER