• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X9 5G, Honor X8 & Honor X7: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:46 pm
  • 29/03/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini mengumumkan tiga telefon kelas pertengahan baharu untuk pasaran Malaysia. Kita ada pilihan sama ada Honor X9 5G, Honor X8, dan Honor X7

Harga Honor X9 5G, Honor X8 & Honor X7

Honor X9 5G boleh didapatkan di Malaysia pada harga RM1,299. Telefon ini ditawarkan dalam warna Titanium Silver, Ocean Blue, dan Midnight Black.



Tempahan awal untuk memilikinya akan dimulakan pada 29 Mac hingga 6 April 2022, manakala 7 April 2022 adalah hari pertama jualan. Setiap tempahan awal akan menerima hadiah bernilai RM516 yang terdiri daripada:

  • Honor Earbuds X
  • Casing
  • Tambahan 1 tahun jaminan
  • Jaminan daripada skrin retak 6 bulan

Honor X8 menerima tanda harga RM899. Penawaran warna varian ini juga sama iaitu Titanium Silver, Ocean Blue, dan Midnight Black.



Tempahan awal untuk memilikinya akan dimulakan pada 29 Mac hingga 6 April 2022, manakala 7 April 2022 adalah hari pertama jualan. Pemberian percuma juga ada, tapi tiada casing seperti Honor X9 5G. Berikut adalah hadiah yang akan anda terima:

  • Honor Earbuds X
  • Tambahan 1 tahun jaminan
  • Jaminan daripada skrin retak 6 bulan

Dua lagi varian yang diumumkan di majlis pelancaran siri Honor X akan mula dijual pada 14 April 2022 tanpa sebarang hadiah percuma. Honor X9 ada spesifikasi mirip Honor X8, tapi di dalam badan Honor X9 5G dan dijual pada harga RM1,099 (6+128). Manakala varian termurah, Honor X7 dijual pada harga RM699 (4+128).

Spesifikasi Honor X9 5G

Honor X9 5G adalah sebuah telefon sebesar 6.81”. Ia diberikan panel paparan FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Honor menggelarkan paparan ini sebagai FullView Display dek bingkainya yang agak nipis. Di bahagian dahi telefon ini terletaknya kamera selfie 16MP.

Atas papan utama, Honor X9 5G diperkasa Snapdragon 695 5G. Cip yang agak ruji untuk telefon kelas pertengahan yang inginkan sambungan 5G. Cip ini turut digunakan pada Realme 9 Pro, Redmi Note 11 Pro 5G, dan juga Oppo Reno 7Z 5G.

Bersama-sama cip ini, Honor sediakan dua kombinasi RAM dan storan yang boleh dipilih iaitu sama ada RAM 6GB + storan 128GB ataupun RAM 8GB + storan 128GB.

Di jabatan pengimejan, telefon ini ada kamera utama 48MP dan dua kamera 2MP, satu makro dan satu lagi bokeh. Konfigurasi kamera telefon ini hampir sama dengan Reno 7Z 5G kecuali pada kamera utama 64MP.

Honor X9 5G mengambil tenaga bateri daripada tangki berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas 66W.

Rekaan belakang Honor X9 5G mirip sekali dengan siri Huawei Mate 40 dan Honor Magic 4. Mungkin mereka miliki lebihan badan daripada siri-siri sebelum ini dan gunakan sajalah pada telefon ini.

Varian Honor X9 LTE kami masih belum beroleh spesifikasi teknikal tentangnya. Kami akan kemas kini sejurus kami mendapatkannya. Sementara itu, anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Spesifikasi Honor X8

Berada di bawah hierarki berbanding Honor X9 5G adalah Honor X8. Ia adalah telefon sebesar 6.7” FHD+ 90Hz.

Ia turut ada paparan berlubang di bahagian tengah dahi untuk menempatkan kamera selfie 16MP. Panel paparannya adalah daripada jenis LCD yang menyebabkan pengimbas cap jarinya diletakkan di bahagian sisi dan disekalikan dengan butang kuasa.

Atas papan utama, Honor memateri Snapdragon 680 dengan satu pilihan RAM dan storan iaitu RAM 6GB dan storan 128GB. Telefon ini tidak menyokong rangkaian 5G.

Untuk mengambil gambar, Honor X8 ada kuadkamera belakang. Kamera padanya lebih tinggi megapiksel berbanding saudaranya yang lebih mahal. Ia ada kamera bersensor 64MP, diikuti kamera ultralebar 5MP dan dua kamera 2MP, satu untuk makro dan satu untuk bokeh.

Bateri berkapasiti 4,000mAh bertanggungjawab membekalkan segala keperluan tenaga pada telefon dan ia diisi menggunakan Honor SuperCharge 22.5W.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Spesifikasi Honor X7

Berada di bawah Honor X8 pada sudut spesifikasi adalah Honor X7. Telefon ini diletakkan dalam segmen mampu milik apabila hanya menawarkan kombinasi RAM 4GB dan storan 128GB. Namun, di atas papan utama, telefon in masih menggunakan SoC Snapdragon 680 macam Honor X8.

Paparan Honor X7 adalah daripada jenis LCD pada resolusi 720p HD+ sebesar 6.74”. Paparannya bertakuk untuk menyediakan ruang kepada kamera selfie 8MP. Di bahagian belakang pula ada kuadkamera belakang dengan kamera utamanya menggunakan sensor 48MP, kemudian kamera ultralebar 5MP, dan dua kamera 2MP untuk makro dan bokeh.

Honor menyematkan bateri berkapasiti 5,000mAh pada telefon ini, terbesar dalam kalangan yang dilancarkan. Ia dicas menggunakan menggunakan blok pengecas 22.5W yang disertakan di dalam kotak.

Tags: androidhonorhonor x8Honor X9honor x9 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X9 5G, Honor X8 & Honor X7: Maklumat penjualannya di Malaysia

29 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER