• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri eksklusif Redmi Note 11 Fan Festival akan dijual lebih murah semasa Xiaomi Fan Festilval 2022

  • OLEH Najib
  • 10:40 am
  • 31/03/2022
  • Komen
Siri eksklusif Redmi Note 11 Fan Festival akan dijual lebih murah semasa Xiaomi Fan Festilval 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Redmi Note merupakan telefon pintar Xiaomi paling popular. Tahun lepas, Xiaomi memperkenal edisi khas khas, Redmi Note 10 Pro Mi Fan Festival 2021 Limited Edition. Ia adalah telefon pintar yang sama dengan model biasa tetapi ada kemasan ekslusif. Tahun ini, Xiaomi akan melancarkan satu lagi edisi khas Redmi Note sempena sambutan hari peminat tidak lama lagi.

Bagi tahun 2022, Xiaomi telah membanjiri pasaran dengan melancarkan 6 model Redmi Note 11. Ia akan ditambah satu lagi model, menerusi edisi eksklusif Redmi Note 11 Fan Festival Edition. Cuma untuk tahun ini, Xiaomi memilih model termurah sebagai edisi eksklusif.



Bagusnya, peminat boleh mendapatkan edisi ekslusif ini pada harga lebih murah juga. Lebih menarik lagi, edisi eksklusif ini dijual pada harga yang sama dengan edisi biasa. Malah, ada peluang membelinya lebih murah untuk masa terhad.

Redmi Note 11 Fan Festival Edition akan dijual di Malaysia dengan RAM 4GB dan storan 128GB, pada harga RM749 bermula pada 6 April 2022. Bagaimanapun, peminat boleh mendapat diskaun RM50 untuk edisi eksklusif ini kerana akan ada jualan kilat diadakan di Lazada dan Shopee, menjadikan harganya cuma RM699 sahaja. Nantikan pengumuman Xiaomi Malaysia tentang masa jualan kilatnya nanti.



Spesifikasi Redmi Note 11 Fan Festival Edition

Tahun ini, edisi ekslusif peminat Xiaomi ini datang dalam warna biru dengan kemasan matte. Terdapat logo Redmi XFF dicacah di belakang, menandakan ia adalah edisi eksklusif. Di samping itu, kotak luarnya ditambah bintang-bintang, dan pembeli akan turut menerima pelekat istimewa yang tiada pada edisi biasa.

Selain itu, spesifikasinya adalah serupa dengan edisi biasa. Redmi Note 11 dikuasakan cip Snapdragon 680, dengan RAM 4GB dan storan 128GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan storan.

Skrinnya berukuran 6.43-inci jenis AMOLED HD Penuh, berkadar penyegaran 90Hz. Tetapi pengimbas capjarinya di sisi bersama butang kuasa, tidak terdapat di dalam skrin.

Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 33W menerusi USB-C. Kabel dan pengecas ada diberikan di dalam kotak.

Kamera belakang ada empat, gabungan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan pula 13MP, terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Telefon ini ada sistem bunyi stereo dengan dua pembesar suara, serta jek audio 3.5mm. Ia juga masih mengekalkan pemancar infra merah.

Bacaan Berkaitan

  • Telefon pintar edisi peminat Redmi Note 10 Pro, terhad tetapi tiada kenaikan harga
  • Siri Redmi Note 11: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Xiaomi lancar dua model baru 5G bagi siri Redmi Note 11, versi termahal ada pengecas 120W di dalam kotak
Tags: Redmi Note 11Redmi Note 11 Fan Festival EditionxiaomiXiaomi Redmi Note 11
Najib

Najib

POPULAR

Siri eksklusif Redmi Note 11 Fan Festival akan dijual lebih murah semasa Xiaomi Fan Festilval 2022

Siri eksklusif Redmi Note 11 Fan Festival akan dijual lebih murah semasa Xiaomi Fan Festilval 2022

31 March 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN