• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 10 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:04 am
  • 01/04/2022
  • Komen
OnePlus 10 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus 10 Pro adalah flagship Snapdragon 8 Gen 1 daripada pengeluar telefon itu. Ia adalah telefon yang sama dilancarkan dalam pasaran China dalam bulan Januari 2022 lalu dan kini ia telah tiba di Malaysia.

Harga OnePlus 10 Pro di Malaysia

Buat anda yang teringin untuk dapatkan seunit OnePlus 10 Pro di sini, tanda harga yang dimiliki telefon ini adalah RM4,199. Hanya ada satu varian sahaja yang ditawarkan iaitu yang ada RAM 12GB, storan 256GB. Dua saluran utama boleh anda dapatkan adalah melalui Lazada dan Shopee bermula 5 April 2022.



Harganya agak tinggi relatif kepada pasaran China. Untuk perbandingan, varian 12+256 di sana harganya adalah ~RM3,500 sahaja. Tidak hairanlah mereka boleh berikan hadiah pembelian awal yang lumayan.

Tiada promo tempahan awal dilakukan tapi untuk 25 pembeli pertama, mereka akan menerima OnePlus Watch yang bernilai RM699.



Spesifikasi OnePlus 10 Pro

OnePlus 10 Pro adalah sebuah telefon sebesar 6.7”. Ia diberikan paparan AMOLED LTPO 2.0 pada resolusi 1440p. Kadar segar semula yang disokong telefon ini adalah antara 1Hz hingga 120Hz bagi menjimatkan bateri. Atas papan utama, cip Snapdragon 8 Gen 1 memperkasakan telefon ini dengan dua varian kombinasi RAM dan storan yang berbeza.

Di jabatan pengimejan, cap Hasselblad sekali lagi menghiasi modul kamera telefon ini. Kamera utamanya memperagakan sensor IMX789 dengan resolusi 48MP. Kamera ultralebar pula diberikan sensor Samsung JN1 50MP dengan lensa bersudut pandang seluas 150 darjah manakala dua kamera terakhir adalah kamera telefoto 3.3x 8MP dan satu lagi kamera selfie 32MP.

Dalam pembentangan produk, mereka mengetengahkan ciri yang dinamakan Hyperboost. Menggunakannya, teras-teras pada cip pemproses boleh ditetapkan untuk beroperasi pada kelajuan setinggi mungkin untuk pengoperasian yang lebih licin dan lancar.Bagi mengawal selia haba yang terhasil, mereka memaklumkan yang terdapat sistem penyejuk yang berkeluasan melebihi kertas A5 ataupun sekitar 340cm2.

Kesemua perkakasan elektronik telefon ini mengambil tenaga dariapda bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 80W. Sistem pengecasan tanpa wayar telefon ini mampu menerima tenaga pada kadar 50W.

Bacaan berkaitan 

OnePlus 10 Pro diumumkan di China, harga bermula RMB4,699 – SoyaCincau.com

Tags: OnePlusoneplus 10oneplus 10 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
OnePlus 10 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

OnePlus 10 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

1 April 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN