• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp turunkan had jumlah perkongsian mesej forwarded

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:47 pm
  • 05/04/2022
  • Komen
WhatsApp turunkan had jumlah perkongsian mesej forwarded
Share on FacebookShare on Twitter

Anda selalu tak terima mesej forwarded di WhatsApp? Mesej forwarded bermaksud, mesej itu adalah dari orang lain dan ia dikongsikan kepada anda melalui kenalan anda. Pada tahun 2018, WhatsApp hadkan untuk menghantar mesej secara forward kepada 5 kumpulan chat sahaja khusus untuk negara India. Bagi negara lain, ia dihadkan kepada 20 kumpulan. Kemudian, pada tahun 2019, WhatsApp telah turunkan had 20 itu kepada 5 kali sahaja.

Seterusnya, pada tahun 2020 WhatsApp telah menetapkan had untuk kongsi mesej, “forwarded many times ” ke 1 kumpulan sahaja. Mesej yang telah di’forward’ banyak kali ini, akan ditandakan dengan dua anak panah di atasnya.



Pada tahun ini, WhatsApp rancang untuk turunkan had forward mesej dari 5 kumpulan, menjadi 1 kumpulan sahaja. Seperti gambar di bawah, dalam mesej pop-up yang muncul, ada dinyatakan bahawa mesej forwarded yang diterima hanya boleh di forward semula kepada satu kumpulan sembang sahaja.

Fungsi ini akan dilancarkan dalam kemaskini WhatsApp yang akan datang dan ia sudah tersedia dalam versi beta 22.7.0.76 untuk WhatsApp iOS. Ciri ini nampaknya akan bantu untuk mengelak mesej spam dan penyebaran maklumat palsu.



Bermacam berita pernah timbul, berkaitan isu perkongsian berita palsu di WhatsApp. Antaranya ialah, seorang guru didakwa kerana sebar berita palsu di Whatsapp, berbentuk makluman agar individu berhati-hati dengan sebuah kereta dipercayai pemandunya merupakan seorang perogol. Bayangkan jika ia dikongsikan kepada ramai orang, pasti ramai yang ketakutan dan pemilik kereta akan teruk dikecam.

Dalam masa yang sama, ciri ini sekaligus dapat mengingatkan pengguna untuk periksa dahulu kesahihan sesebuah mesej, sebelum terus kongsikannya kepada orang lain. Anda pernah tak terima mesej yang telah diforward banyak kali dan akhirnya ketahui bahawa mesej itu adalah tidak tepat?

[Sumber: 9TO5Mac]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

WhatsApp turunkan had jumlah perkongsian mesej forwarded

WhatsApp turunkan had jumlah perkongsian mesej forwarded

5 April 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER