• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sumbangan Ramadan anda diganda, jimat hingga Hari Raya dengan Grab

  • OLEH Najib
  • 6:39 pm
  • 08/04/2022
  • Komen
Sumbangan Ramadan anda diganda, jimat hingga Hari Raya dengan Grab
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun bulan Ramadan sering dikaitkan dengan makanan di Malaysia, ia sebenarnya adalah bulan untuk umat Islam menahan diri dari makan dan minum, serta bermuhasabah diri sambil meningkatkan amal ibadah. Kerana itu, bulan Ramadan juga adalah masa untuk memperbanyakkan sedekah.

Ingat-Ingat

Bagi menggalakkan lagi orang ramai bersedekah di bulan Ramadan, Grab Malaysia melancarkan kempen ‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat‘. Rakyat Malaysia yang menggunakan pelbagai perkhidmatan di aplikasi Grab, boleh mengumpul mata ganjaran GrabRewards, sekaligus menukarnya kepada sumbangan untuk amal kebajikan mereka.



Sebagai tambahan, sumbangan pengguna menerusi GrabRewards akan digandakan oleh Grab sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya. Anda tukar mata GrabRewards untuk sumbangan RM5, ia akan digandakan oleh Grab kepada RM10.

Terdapat pelbagai badan amal dan organisasi yang boleh disumbang menggunakan GrabRewards, antaranya Islamic Relief Malaysia, PERTIWI, MERCY Malaysia, The Lost Food Project, SPCA Selangor, Malaysia Federation of Deaf, MS Deaf Malaysia, National Kidney Foundation, Make a Wish, Fugee School, Teach For Malaysia, UNICEF dan banyak lagi.



Sumbangan GrabRewards boleh dibuat dari serendah 480 mata untuk RM3, 800 mata RM5, 1,600 mata RM10 dan 3,200 mata untuk RM20.

Jimat-Jimat

Disamping sumbangan GrabRewards digandakan, Grab juga menyediakan tawaran menarik dan diskaun untuk pengguna di Malaysia, merentasi semua perkhidmatan yang disediakan. Ia pasti dapat membantu pengguna memenuhi keperluan musim perayaan.

Baju Raya Edisi Terhad Rakan Grab – Memastikan komuniti pemandu dan rakan kongsi penghantaran Grab juga diingati, Grab memberi ganjaran kepada rakan kongsinya yang berprestasi tinggi dengan baju batik edisi terhad eksklusif, direka oleh Firdaus Nordin.

Tawaran Makanan Eksklusif dengan GrabUnlimited – Kini dengan harga pengenalan istimewa hanya 1 sen, nikmati penjimatan tambahan untuk berbuka puasa dan juadah kegemaran Ramadan dengan diskaun sehingga 50%, hanya dengan GrabUnlimited. Grab juga akan bekerjasama dengan beberapa penggemar makanan terkenal untuk menyerlahkan pilihan utama mereka di GrabFood, daripada makanan ruji tradisional hingga ke gabungan unik.

*Petua pro Grab: Anda masih boleh menggunakan “GrabFood diskaun 50% anda dengan Tawaran Hangat + baucar FreeDel” dengan menjadualkan pesanan anda pada jam 8 malam!

Glam Raya Bersama Grab – Rakyat Malaysia yang ingin menaik taraf fesyen Raya mereka boleh menantikan pratonton khas beberapa trend terkini secara eksklusif di Grab. Dengan memanfaatkan ciri GrabLive (BETA) yang baharu, LILIT. dan Zalora akan menayangkan pratonton koleksi Raya terbaru mereka pada 16 April 2022, dengan promosi eksklusif GrabPay.

GrabMart Resepi Ramadan On-The-Way – Bagi mereka yang tercari-cari cara baharu dan kreatif untuk menambah kelazatan hidangan Ramadan mereka yang dimasak di rumah, Grab bekerjasama dengan Chef Naem untuk menampilkan resipi mudah dibuat yang mengetengahkan masakan ruji Melayu dengan kelainan. Beberapa resipi menarik termasuk Dumpling Ayam Masak Merah dan Lontong Goreng Pedas Makanan Laut, dan pengguna boleh mendapatkan semua yang mereka perlukan untuk mencipta semula hidangan ini daripada GrabMart!

Jimatkan perjalanan perayaan – Sama ada anda merancang untuk balik kampung atau menghabiskan cuti dengan makan angin, jimatkan semua keperluan perjalanan anda dengan Grab:

  • Grab Travel Pass: Nikmati tawaran hebat untuk perjalanan Grab, penerbangan, hotel dan tarikan di seluruh negara, kini pada harga pengenalan istimewa RM4.90 sahaja.
  • Intercity: Baru diperkenalkan untuk memberikan kemudahan dan pilihan perjalanan lanjut untuk rakyat Malaysia, nikmati potongan 10% daripada tiket bas dan/atau feri anda melalui Intercity.

Dapatkan ganjaran ketika menghantar hadiah – Serupa perayaan lain di Malaysia, orang ramai sedang bersiap sedia untuk menghadiahkan hadiah kepada insan tersayang. Untuk menjadikan pemberian hadiah dalam tempoh perayaan ini lebih bermanfaat, Grab memperkenalkan dua cabaran baharu:

  • GrabGifts Challenge: Dapatkan GrabRewards dan baucar tambahan hanya dengan menghantar hadiah kepada orang tersayang dekat atau jauh!
  • GrabExpress Super Sender Challenge: Jimat lebih RM150 setiap bulan dan sahut cabaran untuk memenangi bahagian hadiah anda bernilai RM35,000!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua promosi Grab sepanjang Ramadan dan Syawal tahun ini, layari laman web Grab Jimat-Jimat Ingat-Ingat.

Tags: GrabGrabRewardsHari Rayaramadan
Najib

Najib

POPULAR

Sumbangan Ramadan anda diganda, jimat hingga Hari Raya dengan Grab

Sumbangan Ramadan anda diganda, jimat hingga Hari Raya dengan Grab

8 April 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN