• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ePemula RM150: Tawaran ShopeePay paling meriah, GrabPay okay-okay, BigPay dan TnG eWallet suam-suam

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:29 am
  • 11/04/2022
  • Komen
ePemula RM150: Tawaran ShopeePay paling meriah, GrabPay okay-okay, BigPay dan TnG eWallet suam-suam
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 11 April 2022, rakyat yang layak sudah boleh melakukan pemohonan program ePemula. Ia adalah inisiatif pemberian kredit RM150 ke dalam eDompet yang berkenaan untuk memacu penggunaan kaedah pembayaran tanpa sentuh dalam kalangan pengguna.

Siapa yang layak untuk tebus ePemula?

Ada empat syarat utama diletakkan sekiranya anda ingin menebus RM150 ePemula. Mereka adalah:



  1. Penebus perlulah seorang warganegara Malaysia
  2. Umur antara 18 hingga 20 tahun atau seorang pelajar IPT sepenuh masa.
  3. Tidak pernah menebus ePemula di eWallet lain.
  4. Telah mengesahkan Kad Pengenalan.

Perlu diingatkan yang kredit ePemula hanya boleh digunakan di kedai-kedai fizikal dan perlu digunakan selewat-lewatnya 10 Jun 2022, 11:59 malam. Baki dana ePemula yang tidak digunakan akan dikeluarkan daripada eDompet.

Sekarang, mari kita lihat apa yang ditawarkan 4 dompet tempat anda boleh mohon kredit ePemula dimasukkan.



Apa yang ShopeePay tawarkan

200 ribu penebus pertama akan menerima baucar rawak bernilai sehingga RM100.

Itu untuk penebus awal. Di atas baucar rawak itu, anda turut akan terima baucar lain bernilai sehingga RM500 dalam beberapa kategori iaitu:

  1. Baucar penghantaran percuma dan diskaun Shopeefood sehingga RM310
  2. Baucarpulangan tunai Shopeepay sehingga RM90
  3. Baucar kedai berjenama Shopee Mall sehingga RM50
  4. Baucar pembelian kad SIM Yes 4G dengan kuota sehingga 40GB bernilai sehingga RM50
  5. Baucar Siswa Mall sehingga RM200

Shopee turut jalankan pertandingan cabutan bertuah yang menyediakan 8 unit Mi Scooter Essential Lite bernilai RM1,299 setiap satu. Anda cume perlu follow IG @ShopeePay_MY dan hantar IG Story menggunakan templat yang disediakan. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 24 April 2022.

Selepas cabutan bertuah, mereka akan mengadakan pula petandingan komen di IG dan menang antara 25 April hingga 8 Mei 2022.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi ePemula Shopee.

Apa yang GrabPay tawarkan

GrabPay lebih telus dalam penawaran baucar berbanding ShopeePay. Mereka katakana yang anda akan dapat baucar bernilai RM360, namun ia sudah disekalikan dengan ePemula.

Jadi nilai baucar sebenar cumalah RM210 sahaja. Daripada RM210 itu, RM150 adalah baucar GrabFood dan RM60 adalah baucar pembelian daripada jenama-jenama rakan niaga Grab.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi ePemula GrabPay.

Apa yang BigPay & TnG eWallet tawarkan

Dua ewallet iaitu BigPay dan TnG eWallet miliki penawaran yang agak suam-suam kuku. Bermula dengan BigPay, katanya mereka akan berikan bauacr bernilai sehingga RM1,500 tapi sebahagian besarnya untuk AirAsia Academy.

Lebih kurang seronok adalah, tiada cara untuk pengguna membaca T&C ePemula untuk BigPay.

Bagaimana pengguna perlu bersetuju dengan T&C kalau mereka tak boleh mengakses dokumen itu? Ia menyebabkan saya tak dapat korek maklumat tentang tawaran iPhone 13 yang dinyatakan dalam poster tawaran.

Anda boleh layari laman khas ePemula di BigPay untuk maklumat lanjut.

Di TnG eWallet, dalam laman khas ePemula mereka pun sudah ada ada kesilapan. Mereka tawarkan lebih RM150 baucar untuk ditebus.

Mereka seperti meletakkan keyakinan penuh pada posisi mereka selaku eWallet terbesar Malaysia.

Bacaan berkaitan

Kenapa ramai pengguna yang menyesal tebus ePemula di Grab? – SoyaCincau.com

Tags: bajet 2022bigpayePemulaGrabPayShopeePaytng ewallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

ePemula RM150: Tawaran ShopeePay paling meriah, GrabPay okay-okay, BigPay dan TnG eWallet suam-suam

ePemula RM150: Tawaran ShopeePay paling meriah, GrabPay okay-okay, BigPay dan TnG eWallet suam-suam

11 April 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER