• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ubat merawat COVID-19 tiba di Malaysia, hanya boleh digunakan golongan terpilih

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:09 pm
  • 12/04/2022
  • Komen
Ubat merawat COVID-19 tiba di Malaysia, hanya boleh digunakan golongan terpilih
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia telah menerima sebanyak 48 ribu stok ubat Paxlovid bagi merawat penyakit COVID-19. Perkara ini telah dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham bin Abdullah melalui Twitternya. Paxlovid merupakan ubat antivirus yang digunakan untuk merawat jangkitan COVID-19 pada tahap ringan hingga sederhana. Ia hanya boleh digunakan oleh pesakit berumur 18 tahun ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk.

Alhamdulillah, 48,000 stok ubat PAXLOVID (PF-07321332/Nirmatrelvir 150mg Film-Coated Tablets & Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) telah selamat sampai di Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd. pic.twitter.com/7MqF0cLY48

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 11, 2022

Paxlovid merupakan kombinasi dua jenis ubat iaitu Ritonavir dan Nirmatrelvir, kedua-duanya ada fungsi tersendiri. Nirmatrelvir merencatkan protein SARS-CoV-2 dan menghalang virus dari membiak, manakala Ritonavir pula melewatkan proses pemecahan Nirmatrelvir, membantu mengekalkan kesan serta kepekatan antiviral dalam tempoh lebih lama.



Ubat ini perlu diberikan segera selepas individu dikesan positif COVID-19. Untuk keberkesanan optima, ia harus diambil dalam tempoh masa 5 hari bermula dari hari pertama didapati bergejala. Pesakit perlu makan Paxlovid dua kali sehari, jumlah keseluruhan ialah 30 biji ubat. Paxlovid tidak diberikan berterusan untuk lebih dari 5 hari.

Walaupun ubat sudah tersedia, tapi anda perlu tahu ianya bukanlah pengganti kepada vaksin COVID-19. Jadi, setiap individu perlu dapatkan vaksin bagi mengurangkan gejala serius dan kes kematian membabitkan jangkitan virus tersebut. Setakat ini, tidak diketahui lagi bagaimana ubat ini boleh didapatkan dan di mana ia akan tersedia, tapi mungkin hospital kerajaan akan jadi yang pertama menerima ubat ini.



[Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan]

Tags: COVID-19PAXLOVID
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ubat merawat COVID-19 tiba di Malaysia, hanya boleh digunakan golongan terpilih

Ubat merawat COVID-19 tiba di Malaysia, hanya boleh digunakan golongan terpilih

12 April 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN