• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kontraktor didenda RM80,000 kerana rosakkan kabel fiber optik TM

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:53 am
  • 13/04/2022
  • Komen
Kontraktor didenda RM80,000 kerana rosakkan kabel fiber optik TM
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu syarikat yang mengendalikan projek Lebuhraya Pan Borneo telah didenda RM80,000 oleh Mahkamah Seksyen di sini kerana telah mendatangkan kerosakan pada kabel fiber optik bawah tanah milik Telekom Malaysia (TM).

Sebanyak 4 sabitan telah dilakukan dengan setiap satunya membawa denda sebanyak RM20,000. Syarikat Perkejaan Piasau Konkerit Sdn. Bhd. mengaku bersalah untuk setiap pertuduhan.



Pertuduhan pertama adalah kerosakan pada kabel fiber optik 48-teras di 14.4km dari stesen TM Batu 34 menghala stesen TM TT844 dalam daerah Bintulu pada sekitar jam 2 petang, 24 Jun 2017.

Kemudian, tiga kerosakan berikutnya berlaku sepanjang laluan antara dua stesen itu iaitu 7km dari TM TT844, 42.6km dari TM Batu 35, dan 8.05km dari TM TT844, kesemuanya dalam tahun yang sama.



Pertuduhan dibaca di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1988 yang sekiranya bersalah, boleh didenda sehingga RM300,000 dan/atau penjaran sehingga 3 tahun.

Situasi infrastruktur TM rosak bukanlah benda yang pelik. Pernah beberapa kali pengguna berdepan dengan kegendalaan servis akibat aktiviti mengorek tanah tanpa melakukan tinjauan terlebih dahulu.

Itu pun kita masih belum mengambil kira kerosakan yang berlaku di laut lepas ataupun kegendalaan akibat kecurian kabel.

Sumber: MalayMail

Tags: TM
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

1 Julai 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER