• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A96: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:29 pm
  • 18/04/2022
  • Komen
Oppo A96: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru, Oppo A96. Ia dipasarkan sebagai peranti dengan storan dalaman yang besar, bersama bateru 5,000mAh dan pengecas pantas SuperVOOC.

Tawaran menarik disediakan untuk pembeli terawal Oppo A96. Selain itu, ada juga peluang untuk menang hadiah mega dalam “Cabaran Gandakan Rayamu“.



Harga jualan dan promosi pembelian awal

Dengan storan lebih besar, harga Oppo A96 diumumkan lebih tinggi berbanding Oppo A95 (RM1,099) tahun lepas iaitu:

  • Oppo A96 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,299

Hadiah percuma bernilai sehingga RM548 ada disediakan untuk pembeli terawal Oppo A96. Tawaran yang disediakan adalah berbeza mengikut platform pembelian. Tawaran tempahan awal ini terbuka dari 18 hingga 22 April 2022. Jualan pertama pula bermula pada 23 April 2022.



Untuk tempahan di Kedai Jenama Oppo, hadiah yang diberikan adalah kotak hadiah A96 (powerbank dan payung), kad Touch n Go atau baucar KFC bernilai RM20, sampul raya edisi terhad, serta boleh membeli produk Oppo dengan diskaun 50% iaitu Oppo Watch Free, Oppo Band atau Oppo Enco Air 2.

Bagi tempahan di kedai rasmi dalam talian Oppo, Lazada atau Shopee pula, Oppo memberikan hadiah percuma berupa kotak hadiah A96 (powerbank dan payung), rebat RM100 daripada bank, baucar dalam talian RM50, pin Touch n Go bernilai RM5, lampu sensor pergerakan, kad SIM telco serta boleh membeli produk Oppo dengan diskaun 50% iaitu Oppo Watch Free, Oppo Band atau Oppo Enco Air 2.

Pembelian awal di pengedar sah Oppo dan rakan kongsi atas talian pula, menyediakan kotak hadiah A96 (powerbank dan payung) bernilai RM99.

Spesifikasi Oppo A96

Oppo A96 adalah sebuah telefon sebesar 6.59”. Panel paparan LCD yang digunakannya ada resolusi FHD+ dengan kadar segar semula setinggi 90Hz.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa Snapdragon 680. Cip ini boleh anda temukan pada telefon Seperti Honor X7, Realme 9i, Redmi 10C, Redmi Note 11. Hanya satu varian sahaja dijual di Malaysia untuk telefon ini iaitu RAM 8GB dan storan 256GB. Terdapat fungsi  RAM expansion yang boleh tambah lagi 5GB RAM maya kepada telefon ini.

Di jabatan pengimejan, ia dilengkapi dua kamera belakang dan satu kamera depan. Bahagian belakang, anda boleh gunakan kamera 50MP manakala satu lagi adalah kamera 2MP untuk bokeh sahaja. Selfie diambil menggunakan kamera 16MP.

Bateri 5,000mAh membekalkan tenaga kepada semua kelengkapan elektronik telefon ini. Ia dicas pantas menerusi blok pengecas SuperVOOC 33W yang disediakan di dalam kotak.

Antara yang menarik dengan telefon ini adalah ia hadir dengan speaker stereo, sama seperti beberapa siri Oppo A sebelum ini. Pilihan warna ada dua di Oppo A96, iaitu hitam atau merah jambu.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo A95: Maklumat Penjualannya di Malaysia
  • Oppo Reno7 Z 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Oppo Reno 7 5G & Reno 7 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: oppoOppo A96
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A96: Maklumat penjualannya di Malaysia

Oppo A96: Maklumat penjualannya di Malaysia

18 April 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER