• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 9: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:10 pm
  • 20/04/2022
  • Komen
Realme 9: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijanjikan, Realme Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar baru mereka, Realme 9. Ia adalah peranti kelas pertengahan dengan kuasa Snapdragon 680 dan yang pertama menggunakan sensor kamera Samsung ISOCELL HM6 108MP.

Harga dan tarikh jualan

Telefon pintar terbaru Realme 9 ini akan mula dijual di Malaysia pada 22 April 2022 eksklusif di Shopee, dan mulai 23 April di semua pengedar sah Realme. Harga rasminya adalah:



  • Realme 9 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM899
  • Realme 9 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999

Khas untuk pembeli terawal di Shopee pada 22 April nanti, diskaun sebanyak RM70 diberikan untuk Realme 9 dengan RAM 6GB, menjadikan harganya cuma RM829. Tetapi ia terhad kepada 200 pembeli pertama sahaja. Jualan akan mula dibuka pada pukul 12 tengah malam, di Stor Rasmi Realme di Shopee.

Spesifikasi Realme 9

Secara ringkas, Realme 9 adalah peranti dengan spesifikasi yang lebih baik daripada Realme 9i. Realme 9 menggunakan cip yang sama dengan Realme 9i iaitu Snapdragon 680. Storannya jenis UFS 2.2 dan sedia menerima kad mikroSD untuk meluaskan storan.



Kelebihan ketara Realme 9 berbanding Realme 9i adalah di skrin. Ia menggunakan skrin Super AMOLED 6.4-inci HD Penuh, dengan kadar penyegaran 90Hz dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5. Pengimbas capjari ada di dalam skrin. Pengimbas capjari ini turut mampu mengesan denyutan nadi.

Seterusnya adalah di kamera. Realme 9 menggunakan kamera utama 108MP F1.75, bersama kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 16MP F2.45, terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Kamera utama ini menggunakan sensor Samsung ISOCELL HM6 dengan teknologi NonaPixel Plus. Ia menggabungkan 9 piksel berhampiran kepada satu piksel besar, meningkatkan kemampuan penyerapan cahaya sehingga 123%, jika dibandingkan dengan sensor Samsung ISOCELL HM2. Ini menjadikan tangkapan gambar lebih cerah dalam suasana malap. Piksel tinggi di sensor ISOCELL HM6 juga membolehkan Realme 9 menghasilkan gambar zum yang jelas dan menarik, serta mengekalkan ketelitian dalam setiap tangkapan. 

Bateri dan pengecas tidak berubah. Realme 9 dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W Dart USB-C. Lebih penting lagi, pengecas ada diberikan sekali. Jek audio 3.5mm juga masih ada.

Realme 9 menjalankan sistem operasi Realme UI 3.0 berasaskan Android 12. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu emas, putih dan hitam.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 9i: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme 9 Pro+ & Realme 9 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme GT2 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme Narzo 50 dan 50A Prime: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: Realmerealme 9
Najib

Najib

POPULAR

Realme 9: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme 9: Maklumat penjualannya di Malaysia

20 April 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN