• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia tahun 2022

  • OLEH Najib
  • 8:00 am
  • 28/04/2022
  • Komen
5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia tahun 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Bajet RM1,200 ke bawah ni antara julat paling banyak dicari pengguna di Malaysia. Tambah menarik adalah, semua yang dalam senarai ini adalah telefon pintar yang baru dilancar tahun ini. Jadi anda tak perlu susah payah buat carian, kerana saya dah bantu buat senarai 5 telefon pintar terbaik di bawah RM1,200 di Malaysia.

Nak tau pasal 5 terbaik bawah RM600 boleh tengok di sini: 5 telefon terbaik bawah RM600 di Malaysia tahun 2022



1. Redmi Note 11 Pro 5G [6+128] Shopee

Xiaomi kali ni ada banyak sangat model bawah RM1,200. Yang terbaik, saya sarankan beli Redmi Note 11 Pro 5G. Kelebihan utamanya yang tiada pada model lain dalam bajet ni adalah skrin AMOLED 120Hz. Selain itu, ciri premium padanya macam speaker stereo, kamera 108MP dan pengecasan pantas 67W. Paling penting, pengecas 67W ada diberi percuma dalam kotak.



Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/2022/02/10/siri-redmi-note-11-maklumat-penjualannya-di-malaysia/

2. Realme 9 Pro 5G [8+128] Shopee

Macam biasa, Realme adalah pesaing terkuat Xiaomi dalam kategori bajet. Untuk bawah RM1,200 ni saya cadangkan beli Realme 9 Pro 5G. Ia guna cip yang sama dengan Redmi Note 11 Pro 5G, iaitu Snapdragon 695 5G. Tapi guna skrin LCD 120Hz. Kamera utama 64MP dan pengecas pantas 33W.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/2022/03/02/realme-9-pro-plus-pesaing-redmi-note-11-malaysia/

3. Poco X4 Pro 5G [6+128] Shopee

Buat yang tak tau, Poco ni boleh kata adik beradik Xiaomi. Apa yang Xiaomi lancar, akan ada model Poco yang hampir serupa. Bagi Poco X4 Pro 5G ni, ia adalah telefon yang sama dengan Redmi Note 11 Pro 5G. Jadi ia ada skrin AMOLED 120hz, speaker stereo, kamera 108MP dan pengecas 67W. Bezanya, pada reka bentuk badan, dan ada logo Poco besar.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/2022/02/28/poco-x4-pro-5g-maklumat-penjualannya-di-malaysia/

4. Honor X9 4G [8+128] Shopee

Peringatan awal, Honor X9 ni boleh guna semua perkhidmatan Android tau. dan ada Google Playstore. Rekannya bagi saya sangat menarik, terutama kamera belakang. Ia juga ada skrin paling besar dalam senarai ni, berukuran 6.81-inci jenis LCD 90Hz. Kelebihan utamanya adalah sokongan pengecasan pantas 66W dan pengecas ada diberi percuma dalam kotak.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/2022/03/29/honor-9x-5g-honor-x8-honor-x7-maklumat-penjualannya-di-malaysia/

5. Samsung Galaxy A23 [6+128] Shopee

Telefon pintar Samsung yang terpilih kali ni adalah Galaxy A23. Ia guna cip yang sama dengan Honor X9 iaitu Snapdragon 680 yang tiada 5G. Ia juga ada skrin LCD 90Hz. Kelebihan utama Galaxy A23 ni, ia ada kamera utama 50MP dengan OIS. Model lain dalam senarai ni tiada OIS pun.

Lepas tu, Samsung juga dijangka beri kemaskini panjang untuk Galaxy A23 iaitu 3x naik taraf Android dan empat tahun kemaskini keselamatan. Yang tak bestnya, tiada pengecas diberikan dalam kotak. Kena beli berasingan, atau guna pengecas lama.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/2022/03/31/samsung-galaxy-a13-galaxy-a23-harga-malaysia-bawah-rm1000/

Tags: 5 terbaiktelefon pintar
Najib

Najib

POPULAR

5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia tahun 2022

5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia tahun 2022

28 April 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN