• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi dilapor cemerlang dalam kategori video SD, panggilan suara, dan pelayaran web menurut OpenSignal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:14 pm
  • 28/04/2022
  • Komen
Unifi dilapor cemerlang dalam kategori video SD, panggilan suara, dan pelayaran web menurut OpenSignal
Share on FacebookShare on Twitter

OpenSignal ada menerbitkan laporan baru tentang prestasi telco Malaysia. Berdasarkan data-data yang dikutip antara Disember 22 hingga Februari 2022, mereka beroleh beberapa kesimpulan mengikut beberapa kategori pembolehubah.

Maxis cemerlang untuk bermain game dan menonton video

Dalam kategori bermain game dan menonton video, Maxis mencatatkan skor paling tinggi, masing-masing 66.1 (purata 61.3) dan 44.3 (purata 38.3). Tapi tidaklah bermakna ia jauh lebih baik daripada yang lain kerana perbezaan Maxis daripada purata tidaklah jauh iaitu sehingga 15% sahaja.



DiGi catatkan kelajuan muat turun tertinggi

Pada purata 17.6Mbps, Digi adalah yang terbaik kalau anda banyak muat turn data daripada Internet. Ia 84% lebih pantas daripada Celcom, sehingga 40.4% lebih pantas daripada U Mobile dan Unifi, dan 8% lebih pantas daripada Maxis.

Maxis ada kelajuan muat naik tertinggi

Maxis mengungguli kategori muat naik dengan 7.3Mbps di atas 7.0Mbps U Mobile. Yes mencatatkan kelajuan muat naik paling perlahan iaitu 2.2Mbps sahaja atau 3 kali lebih perlahan daripada peneraju.



Yes 5G ungguli kategori availability manakala Celcom dalam cakupan 4G

Availability merujuk pada situasi sama ada pengguna boroleh capaian Internet, walaupun berada dalam kawasan cakupan servis.

Contohnya bila pengguna berada di titik buta ataupun dalam banggunan, sambungan Internet mungkin terjejas. Yes pula mencatatkan 98.5% skor untuk availability bermakna penggunanya 98.5% daripada masa ada sambungan Internet.

Celcom dikatakan mempunyai cakupan 4G terluas dalam kajian OpenSignal. Dengan skor 9.1 dairpada 10, ia membawa maksud yang lebih 90 daripada 100 lokasi yang dilawati, ada servis Celcom.

Unifi terbaik dalam Core Consisten Quality manakal Digi dalam Excellent Consistent Quality

Mungkin telco lain lebih beri fokus ada generasi baharu. Unifi cemerlang dalam penyediaan Internet asas. Pengguna Unifi sepatutnya berpuas hadi jika mereka gunakan telco itu untuk menonton video SD, panggilan suara, dan melayari kandungan web.

Sumber: OpenSignal

Tags: celcomdigimaxisOpenSignaltelcou mobileUnifi mobileYES
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Unifi dilapor cemerlang dalam kategori video SD, panggilan suara, dan pelayaran web menurut OpenSignal

Unifi dilapor cemerlang dalam kategori video SD, panggilan suara, dan pelayaran web menurut OpenSignal

28 April 2022
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER