• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: 9 langkah keselamatan & etika ziarah saudara-mara di Hari Raya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:53 pm
  • 08/05/2022
  • Komen
TIPS: 9 langkah keselamatan & etika ziarah saudara-mara di Hari Raya
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah dua tahun tidak dapat beraya dengan saudara yang jauh, menyambut Raya pada tahun 2022 ini pastinya menjadi satu detik yang meriah berbanding tahun sebelumnya. Namun, setiap individu masih perlu amalkan penjagaan kebersihan dan langkah keselamatan untuk mengelakkan sebarang jangkitan virus dalam kalangan keluarga, terutamanya jangkitan COVID-19.

Pasti ramai yang bimbang tentang jangkitan tersebut kan? Oleh itu, sebagai langkah keselamatan, berikut merupakan 9 tips kebersihan dan etika yang penting untuk diamalkan semasa menziarahi saudara-mara dan rakan di Hari Raya.



1. Pakai pelitup muka

Meskipun bermula 1 Mei rakyat Malaysia sudah tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka sekiranya berada di luar (outdoor), tapi anda masih perlu memakainya apabila berada di dalam banggunan ataupun tempat tertutup. Jadi, anda perlu ikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan ini ketika menziarah saudara-mara. Jika anda sakit dan mengalami simptom seperti demam dan batuk, anda perlu tinggal di rumah dan elak daripada keluar.

2. Basuh tangan dengan sabun dan air

Sebaiknya anda lakukan perkara ini apabila tiba dirumah yang anda ziarahi. Ini adalah cara terbaik untuk menghentikan kuman daripada merebak, kerana anda mungkin bersentuhan dengan banyak permukaan tercemar, contohnya permukaan telefon. Basuh tangan sekerap yang mungkin dan gunakan air suam serta sabun apabila melakukannya. Perkara ini juga perlu dilakukan jika anda merupakan tuan rumah yang menerima banyak kunjungan tetamu. Dengan lakukan perkara ini, anda dapat meminimumkan risiko pendedahan virus kepada tetamu yang hadir.



3. Sanitasi tangan

Mempunyai sanitasi tangan (hand sanitiser) sangat membantu untuk membersihkan tangan, lebih-lebih lagi apabila anda tidak selalu mendapat peluang untuk pergi ke tandas. Jadi, pastikan anda sentiasa membawanya bersama-sama ketika berjalan-jalan. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) syorkan individu untuk mempunyai sanitizer dengan sekurang-kurangnya 60% alkohol.

4. Kekalkan jarak 1 hingga 2 meter

Memandangkan Raya adalah masa untuk bermaaf-maafan, perkara biasa yang perlu dilakukan adalah bersalaman dan berpelukan. Tapi, sebagai langkah berjaga-jaga, adalah lebih baik untuk mengelak daripada melakukan sentuhan fizikal seperti itu terutamanya apabila melibatkan kanak-kanak kecil dan orang tua. Jadi, jaga jarak sosial untuk memastikan agar anda dan semua orang kekal sihat dan selamat dari sebarang jangkitan penyakit, terutamanya COVID-19.

5. Jadualkan lawatan anda atau hubungi lebih awal

Sebelum berkunjung ke rumah seseorang untuk beraya, pastikan anda beritahu rancangan tersebut kepada mereka dengan lebih awal. Ini dapat membantu tuan rumah menyelaraskan masa untuk tetamu lain dan mematuhi SOP untuk lawatan Raya. Selain itu, mengesahkan masa ketibaan juga membolehkan tuan rumah menyediakan semua perkara yang diperlukan dengan baik, agar tetamu dapat melawat dengan selesa dan selamat.

6. Buat ujian kendiri

Selain itu, pastikan juga anda lakukan ujian kendiri COVID-19 sebelum melawat individu lain. Ini dapat memastikan anda dan ahli keluarga terhindar dari virus tersebut dan selamat untuk menziarah. Adalah penting untuk anda dapatkan kit ujian yang diperakukan KKM supaya tiada ralat berlaku sewaktu lakukan ujian COVID-19.

7. Elak kongsi makanan dalam pinggan yang sama

Semasa menikmati juadah Hari Raya dirumah seseorang, pastikan anda tidak berkongsi makanan di dalam pinggan anda bersama sesiapa. Hal ini bukan sahaja untuk menjaga jarak sosial, tapi ia juga dapat memastikan sentuhan yang minimum antara anda dengan individu lain.

8. Guna e-transfer untuk duit raya

Salah satu cara untuk kekalkan penjarakan sosial dan kurangkan sentuhan semasa melawat orang tersayang adalah dengan menyediakan e-Duit Raya! Memindahkan wang tunai secara dalam talian adalah kaedah yang lebih selamat untuk meminimumkan sentuhan. Ada banyak platform yang boleh anda gunakan, contohnya TNG E-Wallet, Maybank dan CIMB QR Code serta Boost.

9. Jangan berkunjung terlalu lama

Apabila sudah lama tidak berjumpa dengan sanak-saudara, sudah pasti ada yang akan ambil kesempatan ini untuk duduk dan berbual dalam tempoh yang lama. Tapi diingatkan supaya anda tidak terlalu lama berkunjung kerumah seseorang, kerana berkemungkinan anda bukanlah satu-satunya tetamu yang melawat dirumah itu pada hari tersebut. Jadi, bagi mengelak dari bertemu dengan terlalu ramai orang dan terdedah dengan jangkitan COVID-19, maka lebih baik anda tetapkan tempoh masa yang singkat apabila berkunjung ke rumah seseorang.

Bagi memastikan kita dapat kekal beraya seperti tahun ini, maka perlulah kita sama-sama kekal mematuhi SOP dan menjaga kebersihan. Ini secara tidak langsung dapat memastikan orang yang kita sayang sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat dan selesa.

[Sumber: Havehalalwilltravel]

[Sumber gambar: Culture Trip]

Tags: Hari Rayaraya 2022
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 9 langkah keselamatan & etika ziarah saudara-mara di Hari Raya

TIPS: 9 langkah keselamatan & etika ziarah saudara-mara di Hari Raya

8 May 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER