• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:00 pm
  • 09/05/2022
  • Komen
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu e-dompet terbesar Malaysia, TnG eWallet, mengalami satu masalah iaitu APP perkhidmatan mereka telah dibuang daripada Apple App Store. Sehingga hari ini masih tiada kenyataan rasmi berkenaan kenapakah ia dikeluarkan sama ada daripada pihak Apple ataupun daripada TnG Digital diterbitkan kepada awam.

Yang menariknya, isu yang sama tidak melanda TnG eWallet versi Android.



Sehinggalah terdapat kenyataan rasmi daripada pihak yang terlibat, kami hanya boleh menspekulasikan 2 sebab yang memungkinkan APP ini dikeluarkan daripada APP Store.

Sebab #1: Fungsi tambah nilai kad fizikal Touch ‘n Go melalui NFC

Fungsi ini adalah yang terbaharu diperkenalkan TnG eWallet sebelum ia dibuang daripada AppStore. Kebetulan pula, kami ada baru-baru ini yang Apple menghadapi pertuduhan antipersaingan di Eropah kerana tidak membenarkan pihak ketiga menggunakan cip NFC iPhone untuk pembayaran tanpa sentuh.



Nampak seperti munasabah, tapi kami rasakan kemungkinan ini agak tipis.

Hal ini kerana, fungsi menambah nilai kad fizikal menggunakan NFC pada iPhone sudahpun ada di pasaran lain. Misalnya kad Octopus di Hong Kong menggunakan cara hampir sama dengan TnG eWallet.

Sebab #2: Servis pinjaman peribadi GoPinjam

Fungsi besar kedua yang dilancarkan selepas fungsi tambah nilai tadi adalah GoPinjam. Ia adalah kemudahan pinjaman peribadi yang membolehkan pengguna meminjam sehingga RM10 ribu daripada CIMB EZI-Tunai.

Kami rasakan yang ini adalah kemungkinan paling tinggi. Kami menjumpai satu utusan di forum lain berkaitan APP yang menawarkan servis hampir serupa yang tidak diluluskan untuk disenaraikan di dalam App Store.

Pembangun APP itu berkongsikan yang sebab APP-nya tidak diluluskan adalah kerana tidak memenuhi garis panduan Apple.

Guideline 3.2.1(viii) of the App Store Review Guidelines requires that any app offering financial services must be submitted by the financial institution performing such services. Therefore, apps that offer loan or credit applications from multiple third-party financial institutions cannot be made available on the App Store. – sumber

Walaupun CIMB mempunyai pegangan di dalam TnG Digital, Apple mungkin melihatnya sebagai pihak ketiga.

Kami sudahpun menghubungi TnG Digital untuk maklum balas nampun masih belum menerima apa-apa berita daripada pihak sana. Buat masa ini, pengguna di iOS nampaknya tidak boleh mengemas kini APP mereka terutamanya untuk menampal pepijat ataupun kerentanan.

Bacaan berkaitan

Gopinjam: Servis pinjaman peribadi konvensional dalam APP TnG eWallet – SoyaCincau.com

Kad TNG baharu ini boleh ditambah nilai dengan telefon, ini caranya – SoyaCincau.com

Tags: enhanced tnggopinjamtngTNG Digitaltng ewallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER