• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Guna WhatsApp di dua telefon serentak dengan ‘Companion Mode’

  • OLEH Najib
  • 4:37 pm
  • 09/05/2022
  • Komen
Whatsapp mahu buang sekatan nota suara, boleh didengar di luar bilik sembang
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp baru sahaja mengemaskini aplikasi permesejan mereka dengan reaksi emoji, naik taraf had fail ke 2GB dan had ahli Group ke 512 orang. Tetapi salah satu perkara yang masih susah digunakan di WhatsApp adalah penggunaan serentak di 2 telefon pintar.

WhatsApp kini dilaporkan sedang menguji fungsi yang membolehkan ia digunakan di 2 telefon pintar serentak, menerusi ciri ‘Companion Mode’. Walaupun sebelum ini WhatsApp sedia digunakan di komputer dan laptop menerusi ‘Linked Devices‘, ia masih tidak boleh digunakan di 2 telefon pintar serentak.



Dalam kemaskini beta Android versi 2.22.10.13, terdapat ciri ‘Companion Mode’ diuji yang membolehkan akaun WhatsApp digunakan di peranti kedua. Bagaimanapun, dari notis yang dikemukakan, pengguna perlu memilih untuk mengaktifkan ‘Companion Mode’ dan ia akan mengakibatkan akaun didaftar keluar dan semua data tersimpan di peranti akan dipadam. Bagaimanapun, salinan masih boleh dibuat ke Google Drive.

Memandangkan ini masih di peringkat ujian, masih tidak diketahui bilakah ia akan tersedia secara rasmi untuk semua. Malah, ia mungkin masih ada masalah semasa digunakan. Walaupun versi Beta iOS masih belum kelihatan, dijangka ‘Companion Mode’ akan turut tersedia di iPhone kelak.



WhatsApp kini semakin canggih dan menyediakan fungsi hebat seperti di Telegram. Ia boleh menjadikan WhatsApp aplikasi yang berat untuk digunakan, sedangkan ia menjadi kegemaran ramai kerana ringan dan tidak terlalu banyak menggunakan ruang storan.

Adakah WhatsApp yang canggih lebih anda gemari atau kekal setia dengan WhatsApp yang ringan?

[Sumber: WABetaInfo]

Bacaan Berkaitan

  • WhatsApp lancarkan reaksi emoji & kemaskini 2 perkara yang bakal memudahkan pengguna
  • Communities, ini kegunaan fungsi baharu yang bakal diumumkan WhatsApp
  • WhatsApp turunkan had jumlah perkongsian mesej forwarded
Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Whatsapp mahu buang sekatan nota suara, boleh didengar di luar bilik sembang

Guna WhatsApp di dua telefon serentak dengan ‘Companion Mode’

9 May 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER