• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Swift 3 kini dilengkapi paparan OLED dan CPU Intel generasi ke-12 H

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:15 pm
  • 19/05/2022
  • Komen
Acer Swift 3 kini dilengkapi paparan OLED dan CPU Intel generasi ke-12 H
Share on FacebookShare on Twitter

Acer memperkenalkan ahli terbaharu dalam keluarga Swift 3, Ia adalah laptop dengan tahap portabiliti tinggi tanpa mengorbankan prestasi. Dengan tanda Intel Evo, pengguna boleh jangkakan prestasi tanpa kompromi.

Acer Swift 3 OLED, seperti namanya dilengkapi panel paparan 14” jenis OLED. Nisbah paparannya 16:10 dan meliputi 92% daripada bahagian muka. Antara manfaat OLED pada laptop ini adalah ia memenuhi piaiwan VESA DisplayHDR True Black 500 dan cakupan gamut warna DCI-P3 sepenuhnya.



Atas papan utama, laptop ini diperkasa Intel generasi ke-12 daripada kategori H. Tidaklah diketahui yang mana satu. Tapi CPU keluarga ini ada sekurang-kurangnya 4 teras dan 4 bebenang operasi pada kelajuan bermula 2.0Ghz.

CPU ini digandingkan bersama SSD PCIe Gen 4 dan sehignga 16GB RAM daripada jenis LPDDR5. Dengan semua komponen-komponen yang segar, Acer mengiklankan yang laptop ini boleh beroperasi selama 10 jam lamanya. Sistem pengecasan pantas juga disokong laptop ini. Pengecasan 30 minit dikatakan boleh membuahkan 4 jam waktu guna.



Lain-lain spesifikasi yang anda perlu tahu adalah laptop ini menyokong Wi-Fi 6E, papan kekuncinya ada lampu latar LED dan ada lohong udara khas padanya yang mampu menambah baik kawal selia haba sehingga 10%.

Acer Swfit 3 OLED akan mula berada dalam pasaran China seawal Mei 2022, A.S seawal Julai 2022, Eropah seawal Julai 2022. Tiada maklumat tentang ketibaannya di Malaysia, tapi di China, harganya adalah bermula RMB4,999 (RM3,257).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi produk.

Tags: AcerAcer Swift 3acer swift 3 oledlaptop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

1 Julai 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER