• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Asus umumkan monitor dengan refresh rate 500Hz, apa maknanya kepada gamers?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:45 am
  • 26/05/2022
  • Komen
Asus umumkan monitor dengan refresh rate 500Hz, apa maknanya kepada gamers?
Share on FacebookShare on Twitter

Di Computex 2022, Asus mempamerkan sebuah monitor yang menyokong Nvidia G-Sync dan mampu mencapai kadar segar semula sehingga 500Hz. ROG Swift 500Hz dipakejkan dalam badan 24” menggunakan panel TN pada resolusi FHD+.

Sekiranya anda seorang gamers yang mementingkan kualiti grafik, monitor ini bukanlah untuk anda. Hal ini kerana, panel TN berada paling rendah dalam kasta panel paparan dalam kategori grafik. Untuk kualiti, perlulah anda mencari sekurang-kurangnya IPS. Jelas sekali ASUS mensasarkan monitor 500Hz untuk kegunaan gamers dalam pertandingan. Puak ini tidak mementingkan kualiti sebaliknya fokus mereka adalah pada kadar segar semula paling tinggi.



Nvidia ada mendemonstrasikan beberapa manfaat menggunakan refresh rate setinggi mungkin dalam permainan. Salah satunya membasi kesan ghosting serta memberikan kelebihan ke atas pengguna panel refresh rate lebih rendah kerana anda akan nampak pihak lawan terlebih dahulu untuk menyerang.

Namun begitu, 500Hz diarasakan agak overkill untuk kegunaan biasa kerana dalam arus perdana sekarang, 144Hz dan 240Hz lebih popular kerana lebih mampu milik.



Monitor yang berprestasi tinggi bermakna anda turut perlukan komputer yang sama paras prestasinya. Mungkin kad grafik RTX4090 yang dikhabarkan akan tiba tak lama lagi mampu untuk mendukung beban yang dilontarkan monitor ini.

Tags: asusASUS ROGmonitorNvidianvidia g-syncrog swift 500
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER