• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jutaan data sensitif pekerja Malaysia didedahkan MITI tanpa disedari?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:07 pm
  • 01/06/2022
  • Komen
Jutaan data sensitif pekerja Malaysia didedahkan MITI tanpa disedari?
Share on FacebookShare on Twitter

Satu laman web kerajaan di bawah MITI didapati berkongsikan maklumat sulit secara terbuka, menurut Code Blue. Ada sejumlah fail Excel boleh diakses yang mengandungi nama syarikat, nama kakitangan, nombor Kad Pengenalan, nombor telefon, dan jawatan.

Maklumat ini adalah yang perlu dimuat naik oleh majikan untuk mendaftarkan kakitangan mereka di bawah program PIKAS, satu program pemberian vaksin COVID-19 dalam kalangan pekerja industri. Tidaklah diketahui berapa banyakkah data yang tertiris. Namun, menurut MITI, PIKAS telah disertai lebih 17 ribu syarikat dan lebih 1.3 juta pekerja.



Setakat artikel ini ditulis, pelayan dibawah domain pikas telahpun dimatikan. Besar kemungkinan, dakwaan Code Blue itu ada benarnya sehinggakan seluruh laman web perlu diputuskan sambungan.

Individu yang menemukan perkara ini menyenaraikan tiga kemungkinan yang menyebabkan isu ini. Semuanya melibatkan kakitangan yang tak kompeten. Kemungkinan pertama adalah ada kakitangan yang terlebih rajin untuk bekerja lebih masa di rumah dan membiarkan pelayan terdedah kepada persekitaran luar untuknya mengakses data daripada komputer peribadi.



Kemungkinan kedua adalah pasukan IT sedang memindahkan data merentasi pelayan dan membuka pelayan kepada persekitaran luar dan kemungkinan terakhir adalah memang ada kakitangan tidak bertanggung jawab yang ingin menjual data.

Mengapakah isu pencabulan data seakan menjadi norma hari ini? Hujung bulan Mei 2022 lalu, kami laporkan berita kebocoran data 22.5 juta rakyat Malaysia. Kemudian September 2021 lalu juga ada isu kebocoran data LHDN.

Sumber: Code Blue

Tags: datakeselamatanMITIpikas
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jutaan data sensitif pekerja Malaysia didedahkan MITI tanpa disedari?

Jutaan data sensitif pekerja Malaysia didedahkan MITI tanpa disedari?

1 June 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN