• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 telefon terbaik bawah RM600 di Malaysia (Mei 2022)

  • OLEH Najib
  • 10:00 am
  • 02/06/2022
  • Komen
5 telefon terbaik bawah RM600 di Malaysia (Mei 2022)
Share on FacebookShare on Twitter

Masih mencari telefon murah dan berbaloi? Ini senarai terbaru telefon bawah RM600 anda boleh dapatkan di Malaysia. Ia dikemaskini sehingga bulan Mei 2022.

Selain itu, boleh semak senarai 5 terbaik bawah RM1,200 dan bawah RM2,000 di sini:



  • 5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia tahun 2022
  • 5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

Tonton video senarai 5 terbaik bawah RM600 di bawah ini:

1. Realme Narzo 50A Prime [Shopee, Lazada]



Telefon yang digelar peranti gaming ini dikuasakan cip Unisoc T618 12nm, RAM LPDDR4X dan storan UFS2.2. Spec yang hebat untuk harganya. Skrin LCDnya HD penuh dan ada bateri 5,000mah yang menyokong pengecas 18w. Tetapi, tiada pengecas diberikan, perlu dibeli berasingan.

2. Redmi 10C [Shopee, Lazada]

Redmi 10C ada prestasi hebat dengan cip Snapdragon 680 6nm, RAM LPDDR4X dan storan UFS2.2. Tetapi skrin 6.71-inci padanya hanya di resolusi HD 720p sahaja. Ia juga ada bateri 5,000mah, sokong pengecas 18W dan bagusnya, pengecas diberikan dalam kotak. Agak aneh, tidak kelihatan pemancar infra merah yang jadi trademark peranti Xiaomi.

3. Nokia G10 [Shopee, Lazada]

Tarikan utama peranti Nokia G10 adalah jaminan kemaskini. Nokia janji beri 2 kali kemaskini Android dan 3 tahun kemaskini keselamatan bulanan. Ia dilancar dengan Android 11, maka boleh dapat sampai Android 13. Telefon ini ada cip Mediatek Helio G25, skrin HD 6.5-inci, bateri 5,050mah dan kuasa mengecas 10W USB-C.

4. Samsung Galaxy A03 [Shopee, Lazada]

Jenama Samsung sering saya cadangkan sebab ia ada ekosistem yang baik di Malaysia, terutama sekali sokongan lepas jualan. Selain senang ditemui di kedai-kedai, ia juga banyak dijual syarikat telekomunikasi. Galaxy A03 ada skrin besar 6.5-inci HD, bateri 5,000mAh dan pengecas 10w. Kamera utamanya 48MP. Untuk storan 32GB, harganya cuma RM469. Storan 64GB pula RM549.

5. Nokia C20 [Shopee, Lazada]

Untuk bajet ketat bawah rm400, saya cadangkan Nokia C20. Telefon prestasi rendah macam ni, guna Android 11 Go Edition. Cip pemprosesnya adalah Unisoc sc9863a, RAM 2GB dan storan 32GB. Bateri pun cuma 3,000mah dan pengecas 5W mikro-usb. Nokia C20 ni sesuai buat telefon kedua, telefon kecemasan, atau buat anak anak tonton Youtube dan pembelajaran atas talian.


Tak banyak model baru untuk senarai RM600 kali ni. Harga peranti juga rata-rata naik sikit, menjadikan model baru naik harga melebihi rm600. Jika mampu, baik naikkan sikit bajet ke rm700 untuk lebih pilihan. Kalau tidak pun, anda masih boleh dapatkan peranti yang berbaloi dalam senarai ini.

Anda ada cadangan lain? jom kongsikan di ruangan komen.

Tags: 5 terbaikNokia C20Nokia G10Realme Narzo 50A PrimeRedmi 10C
Najib

Najib

POPULAR

5 telefon terbaik bawah RM600 di Malaysia (Mei 2022)

5 telefon terbaik bawah RM600 di Malaysia (Mei 2022)

2 June 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN