• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Jangan gelabah untuk dapatkan kad Enhanced TNG, ia bukanlah berguna seperti yang disangka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:30 pm
  • 07/06/2022
  • Komen
Jangan gelabah untuk dapatkan kad Enhanced TNG, ia bukanlah berguna seperti yang disangka
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini 9 Jun 2022 – Artikel telah disunting untuk memasukkan konteks yang lebih jelas

Kemas kini 18 September 2022 – Solusi untuk isu ini sudahpun ada pada kemas kini TnG eWallet terbaharu (baca di sini).




Seandainya anda berminat untuk dapatkan kad Enhanced TNG yang menyokong tambah nilai menggunakan telefon ber-NFC, di APP TNG eWallet ia masih menunjukkan notis yang ia masih ketiadaan stok.

Namun, kalau anda pergi ke Shopee dan lakukan berkaitan, anda akan temui bersepah-sepah kad tersebut dijual. Malahan, kad yang boleh anda dapatkan tak terhad kepada warna Paddle Pop pelangi, tapia da macam-macam rekaan menarik.



Yang tak menyenangkan adalah harga kad itu kalau anda beli daripada saluran rasmi adalah RM10 sahaja tapi di Shopee, anda perlu bayar harga jauh lebih tinggi daripada itu. Paling rendah pun saya temui RM38 hingga RM77. Ada antara senarai itu mencatatkan ratusan jualan.

Apa sudah jadi?

Kad Enhanced TNG untuk pengguna lebuh raya

Kad Enhanced TNG mula boleh dibeli umum awal April 2022 dulu walaupun penjualannya tidak diwar-warkan secara rasmi. Penjualannya sangat laris kerana ia ada fungsi boleh ditambah nilai menggunakan sensor NFC telefon pintar.

Sebaiknya ada sistem prioriti sebegini untuk PayDirect, pengguna boleh susun mengikut keutamaan

Namun, saya dapati yang kad ini tidak berguna sekiranya anda menggunakan lebuh raya yang menyokong PayDirect disebabkan ia masih akan menolak baki TNG eWallet anda. Sepatutnya mereka membenarkan pengguna untuk menetapkan prioriti penolakan duit seperti tolak baki kad, kalau tak cukup barulah eWallet.

Baki ratusan ringgit dalam kad, tapi bayaran masih diambil dari eWallet, itulah PayDirect
Sistem lebuh raya ini mematikan terus fungsi tambah nilai kad TNG guna NFC

Masalah yang saya hadapi adalah bila ingin pergi ke pantai timur dari Lembah Klang. Apabila menggunakan lebuh raya di dalam Lembah Klang melalui lorong TNG, baki eWallet saya yang akan ditolak kerana sebahagian besar lebuh raya di sini menyokong fungsi PayDirect.

Tapi, sslepas melewati Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), kita akan masuki Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT). Laluan ini tidak menyokong PayDirect dan ia akan menolak baki kad saya. Sudahnya, saya kena tambah nilai kedua-dua eWallet dan kad fizikal untuk balik kampung.

Ramai orang sarankan untuk saya kosongkan baki eWallet untuk memaksa sistem menolak baki daripada kad. Namun, walaupun baki eWallet saya sifar, saya masih ada baki di dalam akaun Go+ dan ia akan diambil daripada sana pula. Kenapa nak ganggu dana pelaburan di Go+?

Kad Enhanced TNG untuk pengguna pengangkutan awam dan parking

Dua situasi penggunaan kad Enhanced TNG yang sangat berguna amati adalah pengangkutan awam dan parking. Faktor utama yang jadikannya sangat berguna adalah kerana seingat saya masih belum ada tempat letak kereta dan pengangkutan awam menyokong fungsi PayDirect. Sekiranya ya kelak, ciri tambah nilai melalui NFC jadi tidak berguna.

Tags: featuretngTouch n GoTouch n Go NFC
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jangan gelabah untuk dapatkan kad Enhanced TNG, ia bukanlah berguna seperti yang disangka

Jangan gelabah untuk dapatkan kad Enhanced TNG, ia bukanlah berguna seperti yang disangka

7 June 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER