• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Mi Box 4s Max ada RAM, storan & resolusi sangat besar untuk kotak TV Android

  • OLEH Najib
  • 3:06 pm
  • 10/06/2022
  • Komen
Xiaomi Mi Box 4s Max ada RAM, storan & resolusi sangat besar untuk kotak TV Android
Share on FacebookShare on Twitter

Kebanyakan kotak media Android TV (Android Box) memiliki RAM 2GB dan storan 8GB. Ini mengehadkan kebolehannya menyimpan lebih banyak aplikasi dan berjalan dengan lancar. Xiaomi kini mengatasi kelemahan ini dengan melancarkan model baru, Mi Box 4S Max.

Rupanya sama seperti model terdahulu, Mi Box 4S tetapi kini dilengkapi RAM yang sangat besar, 8GB dan storan yang sangat luas, 64GB. Ini mengatasi beberapa model Android Box berprestasi tinggi lain seperti Tivo Stream 4K, Nvidia Shield TV tube dan Chromecast Google TV.



Bagaimanapun, model ini dilancar di China dan ia hanya dijual di sana. Ia juga menggunakan antaramuka MIUI for TV, bukannya Google Android TV. Jadi ia tidak boleh menjalankan beberapa aplikasi seperti Netflix, Prime Video dan YouTube. Tetapi untuk peranti berasaskan Android, bukan masalah untuk memasang aplikasi lain jika ada kemahuan.

Selain itu, Xiaomi menggunakan cip pemproses Amlogic S905X3. Ia boleh mengeluarkan paparan 4K 60fps serta sehingga 8K tetapi tidak dinyatakan berapa FPS-nya. Tetapi cip ini tidak menyokong codec AV1, jadi mungkin ada had kandungan 8K yang boleh disiarkannya.



Mi Box 4S Max turut memiliki port USB 3.0 Type-A dan HDMI 2.1, serta sambungan wayarles WiFi 802.11ac. Alat kawalan jauh Bluetooth yang terbina kawalan suara juga diberikan.

Harga jualannya agak tinggi berbanding model sebelum ini, iaitu CNY499 (~RM328). Mungkin harganya boleh mencecah RM399 jika dilancarkan di Malaysia.

[Sumber: AndroidPCTV]

Tags: android tvxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Xiaomi Mi Box 4s Max ada RAM, storan & resolusi sangat besar untuk kotak TV Android

Xiaomi Mi Box 4s Max ada RAM, storan & resolusi sangat besar untuk kotak TV Android

10 June 2022
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN