• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pembaharuan MacBook Air, Black Shark 5 dilancar di Malaysia & iPhone diwajibkan tukar kepada port USB-C | SBM #71

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:52 am
  • 14/06/2022
  • Komen
Pembaharuan MacBook Air, Black Shark 5 dilancar di Malaysia & iPhone diwajibkan tukar kepada port USB-C | SBM #71
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang diketengahkan dalam video ini ialah, tiga model iPhone telah dikeluarkan dari senarai sokongan iOS 16, bateri Black Shark 5 agak kecil untuk telefon gaming, beberapa perubahan pada Proton X70 2022 berbanding model lama dan banyak lagi berita lain yang dikongsikan.

1. AirAsia Aviation Group selesai bayar 99% hutang penumpang, AirAsia X komited dengan rancangan pembayaran

Hampir 99% hutang penumpang telah diselesaikan oleh semua syarikat penerbangan di bawah AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL). AirAsia juga kekal komited untuk selesaikan baki 0.8% permintaan bayaran balik akibat pandemik secepat mungkin.



Berita penuh di sini.

2. MacBook Air M2 & MacBook Pro 13″ M2: Maklumat jualannya di Malaysia

Apple di WWDC umumkan pembaharuan pada barisan MacBook Air mereka. Apple juga hidupkan kembali MacBook Pro dengan paparan Touch Bar. Harga permulaan MacBook Air M2 kini RM1,100 lebih mahal berbanding generasi sebelumnya, dari RM5,499. MacBook Pro 13” M2 varian termurah pula boleh didapatkan pada harga RM5,699.



Maklumat lanjut di bawah:

  1. MacBook Air M2
  2. MacBook Pro 13” M2

3. WWDC 2022: iOS 16 tidak lagi sokong iPhone 6s, iPhone 7 dan iPhone SE

Dalam WWDC 2022, Apple juga telah umumkan beberapa perkara yang akan tiba di perkhidmatan Apple seperti iOS 16. Tapi, sokongan peranti yang boleh gunakan iOS 16 telah dihadkan.

Berita penuh di sini.

4. Black Shark 5 & Black Shark 5 Pro : Maklumat Penjualannya di Malaysia

Black Shark 5 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Ia tampil dalam dua model iaitu Black Shark 5 dan Black Shark 5 Pro. Kedua-dua berbeza dari segi kuasa utama dan prestasi.

Spesifikasi di sini.

5. iPhone diwajibkan ganti port Lightning kepada USB-C sebelum 2024

Kesatuan Eropah (EU) telah luluskan satu undang-undang yang mewajibkan semua peranti mudah alih dalam kategori telefon, tablet, dan kamera menggunakan USB-C untuk mengecas. Peraturan baharu ini akan berkuatkuasa dalam tahun 2024 nanti. Nampaknya, iPhone akan terpaksa bertukar daripada port Lightning kepada USB-C sekiranya ingin kekal dijual di dalam pasaran Eropah. 

Berita lanjut di sini.

6. Proton X70 (2022): Apa yang berubah berbanding yang lama?

Proton telah perkenalkan Proton X70 varian 2022 dengan beberapa perubahan. Antaranya, Proton X70 yang gunakan enjin X50 kini tiba di Malaysia. Enjin 1.5: TGDi 3 silinder ini menghasilkan kuasa pada paras 177PS dengan tork setinggi 255Nm.

Baca lagi di sini.

7. SkyPark Link dilancar kembali dengan tambang 65% lebih rendah bagi laluan KL Sentral ke LTSAAS Subang

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) lancarkan perkhidmatan SkyPark Link, iaitu laluan keretapi antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang. Perkhidmatan ini pernah beroperasi tapi digantung sementara semasa PKP. Ia kemudian kembali beroperasi pada Oktober 2021. 

Berita penuh di sini.

Tags: AirAsiaApple WWDC 2022black shark 5Black Shark 5 ProiOS 16iphoneKTMBmacbook air m2macbook pro 13 m2proton x70 2022Skypark Linkwwdc 2022
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pembaharuan MacBook Air, Black Shark 5 dilancar di Malaysia & iPhone diwajibkan tukar kepada port USB-C | SBM #71

Pembaharuan MacBook Air, Black Shark 5 dilancar di Malaysia & iPhone diwajibkan tukar kepada port USB-C | SBM #71

14 June 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER