• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

MacBook Pro 13″ M2: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:39 am
  • 07/06/2022
  • Komen
MacBook Pro 13″ M2: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah menghidupkan kembali MacBook Pro dengan paparan Touch Bar. Berbanding dengan MacBook Pro sedia ada, ia bukanlah Pro seperti yang dijangka. Ia tidaklah diperkasa cip M1 Max tetapi cip M2, sama seperti MacBook Air M2.

Harga jualan MacBook Pro 13” M2 di Malaysia

Tidak seperti MacBook Air, hanya ada satu varian M2 dipaterikan di atas papan utama iaitu yang ada 8 teras dan 10 teras GPU. Selain cip M2, dua lagi bahagian iaitu RAM dan storan boleh disuaikan mengikut bajet.



MacBook Pro 13” M2 varian termurah boleh didapatkan pada harga RM5,699. Pada harga sebegitu, anda beroleh laptop dengan RAM 8GB dan storan 256GB.

Sekiranya anda ingin mengubah suai RAM, anda ada pilihan sama ada 16GB (+RM800) ataupun 24GB (+RM1,600). Untuk konfigurasi storan, anda boleh naik ke 512GB (+RM800), 1TB (+RM1,600), ataupun 2TB (+RM3,200).



Varian paling mahal MacBook 13” M2 boleh didapatkan pada harga RM10,499.

Spesifikasi MacBook Pro 13” M2

MacBook Pro 13” M2 masih mengekalkan rekaan terdahulu tanpa sebarang perubahan. Ia cuma mengembalikan Touch Bar untuk yang memerlukannya. Tanpa Touch Bar, saya rasakan yang MacBook Pro ini tiada bezanya dengan MacBook Air.

Berbanding Macbook Pro M1 (2020), varian M2 masih gunakan panel paparan yang sama iaitu panel 13.3” pada resolusi 2560 x 1600. Kecerahannya boleh mencapai 500 nits dengan cakupan keseluruhan gamut warna DCI-P3.

Atas papan utama, ia diperkasa cip M2 yang dikatakan membawa 18% lebih prestasi CPU dan 35% lebih prestasi GPU. Bagusnya MacBook Pro kali ini adalah Apple katakan yang konfigurasi RAM boleh mencapai paras maksimum 24GB berbanding 16GB pada generasi tahun 2020.

Bahagian speaker turut ditambah baik. Masih mengekalkan konfigurasi spaker stereo, ia kini menyokong Apple Spatial Audio untuk pengalaman audio lebih baik. Di bahagian bateri, ia dielngkapi sistem bateri 58.2Whr dengan blok pengecas 67W disediakan di dalam kotak.

Beralih kepada port I/O, anda terima jek audio 3.5mm bersama-sama dengan 2 USB-4.

Tags: appleMacBookmacbook pro 13macbook pro 13 m2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
MacBook Pro 13″ M2: Maklumat penjualannya di Malaysia

MacBook Pro 13″ M2: Maklumat penjualannya di Malaysia

7 Jun 2022
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER