• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Adobe

Adobe mula uji Photoshop percuma di web, alat suntingan mencukupi tersedia di dalamnya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:42 pm
  • 15/06/2022
  • Komen
Adobe mula uji Photoshop percuma di web, alat suntingan mencukupi tersedia di dalamnya
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, saya ada kongsikan yang Adobe memperluaskan penggunaan Photoshop kepada pengguna dengan memberikan akses melalui pelayar web. Adobe menjadikannya sebagai platform untuk individu bekerjasama. Disitu, anda dan rakan boleh akses dokumen Photoshop yang sama dan lakukan suntingan yang ringkas. Konsepnya hampir sama seperti di Google Doc. Tapi sehingga kini ia masih lagi dalam peringkat beta. Anda juga perlu miliki akaun Creative Cloud Adobe untuk menggunakannya.

Namun baru-baru ini, Adobe telah mula menguji versi Photoshop yang boleh digunakan secara percuma di web. Ini merupakan salah satu cara untuk mereka perkenalkan perisian itu kepada lebih ramai pengguna. Kemampuan ini kini sedang diuji di Kanada. Mereka juga rancang untuk membuka perkhidmatan itu kepada semua orang. Tapi, Adobe tidak kongsikan lagi tarikh pelancaran secara meluas untuk versi web percuma ini.



Adobe menyifatkan perkhidmatan itu sebagai “freemium“. Alat suntingan yang mencukupi akan tersedia di dalamnya. Mereka juga terus mengemas kini Photoshop untuk web dengan lebih banyak alatan. Tapi, mereka turut rancang untuk keluarkan beberapa ciri eksklusif dan ia hanya boleh digunakan oleh pelanggan yang membayarnya.

Jika anda tidak sabar menunggu versi Photoshop percuma ini, anda boleh cuba dahulu lakukan suntingan menerusi Creative Cloud Express. Ianya juga percuma! Platform ini menawarkan versi asas alat suntingan imej dan video di dalam antara muka yang ringkas, jadi ia mudah digunakan.



Di samping itu, Adobe turut menayangkan ciri Photo Restoration, Neural Filter yang dikuasakan AI, menerusi Youtubenya. Ciri yang bakal hadir di Photoshop ini nampak menarik, sebab ia boleh perbaiki gambar yang telah pudar kekuningan dan calar secara automatik. Hasilnya, calar pada gambar dapat dibersihkan dan sebahagian warna juga dapat dipulihkan. Jadi, anda bolehlah gunakannya untuk perbaiki gambar lama milik ibu bapa atau atau nenek anda.

https://www.youtube.com/watch?v=B16g-Edkvx0

[Sumber: TheVerge]

Bacaan berkaitan

  • Photoshop kini boleh disunting melalui pelayar web
  • Adobe lancar Creative Cloud Express, aplikasi suntingan sangat mudah untuk guna & percuma
Tags: Adobeadobe photoshop
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Adobe mula uji Photoshop percuma di web, alat suntingan mencukupi tersedia di dalamnya

Adobe mula uji Photoshop percuma di web, alat suntingan mencukupi tersedia di dalamnya

15 June 2022
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN