• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Photoshop kini boleh disunting melalui pelayar web

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:18 pm
  • 27/10/2021
  • Komen
Photoshop kini boleh disunting melalui pelayar web
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui persidangan maya Adobe MAX 2021, Adobe telah mengumumkan beberapa ciri utama Photoshop yang akan diperluaskan kepada pengguna. Antaranya ialah, mereka memperluaskan penggunaan Photoshop yang boleh diakses melalui pelayar web seperti Chrome dan Edge. Kemampuan ini masih lagi dalam peringkat beta.

Melaluinya, rakan sekerja anda boleh mengakses dokumen Photoshop yang sama dan melihatnya dari pelayar web. Dari situ, mereka boleh berikan maklum balas mengenai sesebuah kerja yang dihasilkan dan lakukan suntingan pada dokumen yang sama. Selain itu, pemilik asal dokumen Photoshop juga boleh hantar pautan view-only (lihat sahaja) kepada individu lain. Fungsi ini hampir sama dengan penggunaan Google Doc, individu lain boleh berikan komen dan melihat hasil kerja dalam masa nyata.



Kebiasaannya, hasil kerja anda boleh disimpan dalam Creative Cloud Adobe dan anda boleh benarkan sesiapa sahaja membukanya dari mana-mana peranti, tetapi mereka perlu mempunyai perisian Adobe di komputer atau iPad. Dengan perubahan yang dilakukan itu, semua individu boleh akses dokumen Photoshop yang sama tanpa perlu memasang Adobe.

Di samping itu, Adobe juga ada kongsikan beberapa alat suntingan asas, yang membolehkan anda membuat perubahan melalui pelayar web tanpa perlu membuka aplikasi Photoshop. Melalui gambar di bawah, dapat dilihat suntingan yang dibenarkan adalah seperti membuang latar belakang, crop, menambah perkataan, lukis menggunakan berus dan banyak lagi.



Anda boleh mula berkongsi kerja Photoshop dan Illustrator melalui web, untuk mendapatkan komen dan maklum balas dari individu lain, dengan mengemas kini versi terkini Adobe yang baru dilepaskan. Namun, jika anda ingin mencuba keupayaan penyuntingan asas anda boleh memohon akesesnya di sini.

[Sumber: Engadget, Adobe]

Tags: AdobeAdobe Max 2021Illustratorphotoshop
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Photoshop kini boleh disunting melalui pelayar web

Photoshop kini boleh disunting melalui pelayar web

27 October 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN