• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Aplikasi Yakin, platform individu dapatkan perkhidmatan PPIM & sumber gaya hidup muslim

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:29 pm
  • 16/06/2022
  • Komen
Aplikasi Yakin, platform individu dapatkan perkhidmatan PPIM & sumber gaya hidup muslim
Share on FacebookShare on Twitter

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkolaborasi dengan Crescent Digital Sdn Bhd (Crescent Digital) untuk membangunkan aplikasi mudah alih rasmi PPIM yang dikenali sebagai Yakin. Aplikasi ini telah dilancarkan oleh Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Aplikasi ini boleh bantu anda menerapkan gaya hidup muslim dalam kehidupan seharian dengan mudah berdasarkan ciri-ciri yang tersedia di dalamnya. Di bawah tab Ibadah, ciri yang disediakan adalah waktu solat, laungan azan, doa harian, tasbih, arah kiblat, kalkulator zakat, tazkirah dan kalendar Islam.



Selain itu, di dalam aplikasi ini juga ada halaman disediakan untuk anda menderma. Menurut Presiden dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, kempen-kempen derma yang terdapat di dalam aplikasi ini telah disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh pihaknya sebelum dikongsikan pada aplikasi.

Selain daripada ciri keagamaan, anda boleh juga dapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPIM menerusi aplikasi ini. Antaranya, melalui tab halaman utama, anda boleh beri aduan jika terlibat dengan isu berkaitan hal ehwal pengguna atau jadi mangsa ahlong serta ceti haram. Di samping itu, bahan bacaan dan video yang diterbitkan oleh PPIM juga boleh diakses melalui halaman ini.



Menurut Datuk Nadzim Johan, aplikasi ini bukan sahaja mensasarkan pengguna, malah ia juga dibangunkan dengan matlamat untuk membantu perniaga yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka kepada kumpulan pengguna.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Digital, Puan Nina Alyssa, mereka juga sedang merancang untuk memperkenalkan banyak lagi ciri di dalam aplikasi Yakin. Ia merangkumi direktori perniagaan Islam, direktori scammers, tinjauan atau survey, e-Dagang dan lain-lain di fasa akan datang.

Ini merupakan aplikasi gaya hidup muslim kedua, yang saya jumpa mempunyai perkhidmatan untuk membuat aduan dan dapatkan bantuan bagi sebarang masalah peribadi. Sebelum ini, saya ada temuinya melalui aplikasi Hijrah Diri – Homoseksualiti yang disediakan oleh JAKIM. Tapi malangnya, aplikasi itu telah dibuang dari Play Store.

Jika anda berminat untuk menggunakan aplikasi Yakin, ia boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store, App Store dan Huawei AppGallery.

Bacaan berkaitan

  • Neelofa akan lancar aplikasi gaya hidup Muslim komprehensif, TheNoor
  • Mizz Nina lancar aplikasi gaya hidup Muslim, Qalby
  • Aplikasi hijrah untuk LGBT di buang dari Play Store, dikatakan langgar garis panduan
Tags: yakin
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Aplikasi Yakin, platform individu dapatkan perkhidmatan PPIM & sumber gaya hidup muslim

Aplikasi Yakin, platform individu dapatkan perkhidmatan PPIM & sumber gaya hidup muslim

16 June 2022
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN