• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon revolusi Nothing Phone (1) ada 900 LED di belakang, serasi digunakan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:08 pm
  • 23/06/2022
  • Komen
Telefon revolusi Nothing Phone (1) ada 900 LED di belakang, serasi digunakan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing telah menetapkan tarikh pelancaran telefon pintar pertama mereka, Phone (1) pada 12 Julai 2022. Tetapi mereka tidak sabar-sabar untuk berkongsi perkara-perkara menarik yang bakal ditonjolkan peranti tersebut.

Boleh dikatakan, rupa penuh Phone (1) telah diketahui kerana video pandang pertama telah pun tersebar di YouTube. Ia telah diuji beberapa portal teknologi, antaranya MKBHD. Penuh puji-pujian diberikan dan salah satu perkara yang dikatakan membawa revolusi ke dunia telefon pintar, adalah lampu LED di belakangnya. Ia digelar Glyph Interface.



Menurut MKBHD, Glyph Interface dihasilkan menerusi 900 LED di belakang. Ia terletak di 5 tempat iaitu bahagian kamera, di tepi atas, di bahagian tengah serta di bawah menuju port USB-C dan satu titik di bawahnya. LED ini boleh berkelip dan aktif dalam pelbagai cara, dapat diubahsuai kegunaannya menerusi tetapan di menu Glyph Interface.

Anda boleh tahu notis baru dari aplikasi berbeza atau panggilan dari siapa, menerusi kerlipan LED yang berbeza. LED di bawah sekali juga boleh menjadi penanda aras tahap tenaga bateri semasa mengecas. Cahaya yang dihasilkan oleh LED ini juga sangat tinggi kecerahannya dan boleh digunakan untuk menerangkan suasana semasa mengambil gambar.



Phone (1) boleh digunakan di Malaysia

Nothing juga mengumumkan bidaan jualan 100 unit edisi terhad Phone 1 StockX. ia dibuat secara dalam talian dan setiap telefon ini akan mempunyai nombor siri dicacah pada badannya, dari 1 ke 100.

Tetapi ada maklumat lain yang menarik untuk peminat di Malaysia dalam bidaan StockX ini. Dalam kenyataan StockX, mereka menerangkan bahawa Nothing Phone (1) tidak disokong sepenuhnya di Amerika Utara. Ia mungkin akan memberi kesan kepada prestasi atau kualiti rangkaian. Malah, ia juga tidak dijual kepada pengguna di Mexico dan Korea Selatan.

Seterusnya, StockX meletakkan senarai penuh operator telekomunikasi yang menyokong Nothing Phone (1) dan ia turut meletakkan Malaysia iaitu U Mobile / Celcom / YTL / P1 / DiGi / Maxis. Pendek kata, Nothing Phone (1) boleh digunakan dengan semua telco di Malaysia. P1 yang ada di senarai itu pastinya merujuk kepada Unifi Mobile, nama lamanya sebelum diambil alih oleh Telekom Malaysia.

Walaupun Malaysia disenaraikan oleh Nothing untuk sokongan Phone (1), ini bukan bermaksud ia akan dijual di sini. Tidak diragui lagi bahawa Malaysia adalah pasaran utama untuk telefon pintar, terutama sekali telefon Android. Tetapi ada masanya, Malaysia tidak termasuk dalam gelombang pertama jualan.

Adakah lampu kelap-kelip di belakang Phone (1) ini menarik minat anda? Nantikan laporan kami apabila ia dilancarkan pada 12 Julai kelak.

[Sumber: Nothing, StockX]

Tags: NothingNothing Phone 1
Najib

Najib

POPULAR

Telefon revolusi Nothing Phone (1) ada 900 LED di belakang, serasi digunakan di Malaysia

Telefon revolusi Nothing Phone (1) ada 900 LED di belakang, serasi digunakan di Malaysia

23 June 2022
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN